Tampin 6 Mei 2025 (Selasa) - Telah berlangsung satu sesi lawatan tapak dan tinjauan laluan bagi Program Seven Wonders Challenge 2.0 Daerah Tampin bersama En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin bertempat di Bukit Ramunia, Kg. Air Rawa, Gemencheh Negeri Sembilan pada pagi tadi. Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti laluan pendakian Program Seven Wonders Challenge 2.0 Daerah Tampin bagi tahun 2025. Lawatan ini di ketuai oleh En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin bersama-sama agensi yang terlibat seperti Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin selaku Penyelaras Program, ahli jawatankuasa agensi daerah seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Pejabat Renjer Hutan Gemencheh, Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, APM Daerah Tampin, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan dan JPKK Kg. Pulau / Air Rawa. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
KOMBES NEGERI SEMBILAN, 3 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025. Seramai 190 orang peserta telah hadir ke sesi taklimat dan timbang berat bagi menyertai program ini bermula pada 3 Mei dan tamat pada 13 September 2025. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memperluaskan penerapan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya warga Negeri Sembilan melalui pengisian berbentuk latihan kecergasan, pendidikan dan modul yang perlu diikuti bagi mengurangkan berat badan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan juga telah menjalinkan kerjasama rakan strategik dengan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Wellness Hub Seremban, Sports Nutrition Academy, ASPEN, Protech dan Yakult. Turut hadir, Encik Rosdi Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. #BiggestLoserKBSJBSNS #TEAMJBSNS #TEAMJBSN #MalaysiaMadani
TAMPIN, 2 Mei 2025 (Jumaat) – Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga SMK Tunku Syed Idrus Tampin Kali ke 46 Tahun 2025. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Turut hadir Tuan Hj. Mohamd Isa bin Wahab, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Syed Idrus, En Badrul Ramzan bin Abd Hamid, Yang DiPertua SMK Tunku Syed Idrus, dan SM Hasmadi Bin Haron, Penolong Ketua Polis Balai Tampin. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin juga di jemput untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Perbarisan Kejohanan Olahraga SMK Tunku Syed Idrus Tampin Kali ke 46 Tahun 2025. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga tunas-tunas ini akan mengharumkan nama negara di persada dunia kelak. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
Port Dickson, 01 Mei - Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson sedang giat mempromosikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di sekitar daerah ini. Kesinambungan dengan itu, seramai 50 orang Kelanasiswa Politeknik Port Dickson (PoliPD) telah membanjiri Green Lab 3, PoliPD untuk mendengar taklimat dan sesi pembelajaran Sistem Prolog ARPRM. Taklimat dan sesi pembelajaran ini disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakaria dan Puan Siti Alifah Hamzah yang merupakan pemimpin ARPRM dari Badan Operasi (BO) PBSD Port Dickson. Inisiatif taklimat ARPRM ini telah dijayakan dengan kerjasama PBSD Port Dickson bersama Ts. Dr. Norhanani Abd Rahman dan Encik Zulkurnain Hassan selaku pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PoliPD. Objektif inisiatif ini adalah demi membantu pelajar kelanasiswa menjayakan program ARPRM ini memandangkan tahun 2025, semua perekodan aktiviti ARPRM adalah melalui sistem Prolog secara mutlak. Sesi taklimat dimulakan oleh Encik Mohd Azam Zakaria dengan tayangan video penerangan ARPRM kepada semua pelajar. Ianya diteruskan lagi dengan penerangan secara mendalam berkaitan pelaksanaan komponen-komponen ARPRM. Hampir keseluruhan audien dapat memahami konsep dan pelaksanaan komponen ARPRM dengan kaedah komunikasi dua hala. Sesi diteruskan lagi dengan penerangan dan pembelajaran Sistem Prolog ARPRM oleh Puan Siti Alifah Hamzah. Sebelum sesi dimulakan, semua pelajar dikehendaki mendaftar sebagai pengguna di dalam sistem secara atas talian di pautan https://arprm.kbs.gov.my/ks_user/login.php. Pautan ini boleh dilayari melalui komputer, laptop dan telefon bimbit. Proses seterusnya ialah penerangan secara hands-on kepada semua pelajar secara berperingkat mengikut komponen ARPRM. Turut hadir bersama dalam sesi taklimat ini ialah Encik Izwan Kamal Abdul Wahab, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PoliPD dan Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #RakanMuda #YakinBoleh #ARPRM
Port Dickson, 01 Mei - Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) yang diadakan saban tahun adalah bertujuan untuk menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara di peringkat akar umbi yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025 secara serentak di seluruh negara. Justeru itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025 pada 30 April 2025 bertempat di Kolej Vokasional (KV) Port Dickson. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah dihadiri oleh Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson selaku rakan strategik, agensi-agensi kerajaan daerah Port Dickson termasuk Encik Mohammad Shafie Hamir, Pengarah KV Port Dickson selaku tuan rumah program ini. Encik Mohd Faizal Mohd Arif memperkenalkan diri beliau dan pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson yang turut hadir bersama kepada semua ahli mesyuarat. Beliau menerangkan tujuan mesyuarat penyelarasan ini adalah bagi membincangkan perihal berkaitan pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dikcson 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2025 di Dewan Seri Gemilang, KV Port Dikcson. Seterusnya, beliau mempersilakan Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi MBD Port Dickson telah membentangkan kertas konsep pelaksanaan kepada semua ahli mesyuarat. Beliau memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson pada tahun ini akan membawa sedikit kelainan dengan penyediaan segmen-segmen terpilih mengikut kesesuaian dan minat para belia setempat. Tema HBN pada tahun ini masih dikekalkan dengan tema yang sama seperti tahun lalu iaitu "Yakin Boleh!". Beliau juga menyatakan dengan jelas berkaitan gandingan kerjasama yang diperlukan dari setiap agensi kerajaan yang hadir. Encik Mohd Faizal Mohd Arif membuka ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk membincangkan perihal berkaitan gandingan kerjasama agensi-agensi kerajaan dalam menjayakan program ini. Semua ahli mesyuarat memberikan respond yang positif demi menjayakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ini. Di akhir mesyuarat, Encik Mohd Faizal Mohd Arif mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir mewakili setiap agensi yang dijemput. Beliau berharap agar kata putus yang dicapai dalam mesyuarat ini serta jalinan kerjasama yang terjalin akan membuahkan hasil yang terbaik demi kelancaran program dan kepentingan para belia di daerah Port Dickson. Turut hadir dalam mesyuarat ialah Encik Nor Fazal Adura Nordin, Timbalan Pengarah KV Port Dickson, Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan barisan ahli jawatankuasa MBD Port Dickson. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #beliamy #YakinBoleh #MBDPortDickson #MenggerakBelia
TAMPIN, 1 Mei 2025 (Khamis) – Seramai 250 pelumba menyahut cabaran Kejohanan Lumba Basikal Jalanraya Tampin 2025 yang telah diadakan di Felda Jelai, Gemas Negeri Sembilan pada hari ini. Kejohanan di bawah Program Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan. Sebanyak 11 kategori mengikut jantina dan peringkat umur telah dipertandingkan bagi menarik pelumba dari pelbagai kelab berbasikal dalam dan luar negeri antaranya Johor, Perak, Terengganu, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Majlis Pelepasan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Suriani binti Salihan, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin. Turut hadir En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Saiful Adly bin Hj Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi. Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, JKR Daerah Tampin, Pejabat Felda Jelai 3, Masjid Nurul Huda Felda Jelai 3 dan Pihak Pengurusan Gugusan Felda Jelai dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDTampin
SERTING, 29 April 2025 - Satu perjumpaan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan MRSM Serting bagi membincangkan berkaitan program Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2025 secara serentak di seluruh daerah di setiap negeri di dalam Malaysia. Perjumpaan dihadiri En. Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dan sekali gus memperkenalkan diri selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang baharu. Semoga dengan perjumpaan ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih baik dan membantu dalam menjayakan program yang bakal dilaksanakan ini. #HBN #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #MalaysiaMADANI #fypã‚·
TAMPIN, 30 April 2025 (Rabu) – Sesi lawatan tapak bersama Tuan PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tampin bagi penyelarasan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin 2025 bagi segemen Skuad Wira. Program Semarak Hari Belia Peringkat Daerah Tampin 2025 akan berlangsung pada 15 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Bistari SMK Tunku Syed Idrus, Tampin Negeri Sembilan. Semua di jemput hadir. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
Port Dickson, 29 April - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah mengadakan satu sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (GPK KOKO) pada 28 April 2025 bertempat di PPD Port Dickson. Sesi taklimat yang dihadiri oleh semua GPK KOKO dari 13 Sekolah Menengah di daerah Port Dickson ini telah dimulakan oleh Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda, PBSD Port Dickson dengan tayangan video ARPRM bagi menarik minat para audien. Taklimat diteruskan dengan pembentangan komponen-komponen serta syarat-syarat pelaksanaan. Selain itu, beliau juga memaklumkan kelebihan serta kepentingan ARPRM kepada peserta iaitu para pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas. Sesi taklimat ini turut dibantu oleh Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan PBSD Port Dickson dengan memberikan penerangan berkaitan Sistem Prolog ARPRM di mana mulai tahun 2025 semua penyertaan di setiap tahap pingat perlu direkod melalui atas talian. Konsep taklimat adalah menggunakan kaedah komunikasi dua hala bagi membolehkan para GPK KOKO bersoal jawab di setiap peringkat penerangan. Pelbagai soalan telah dilontarkan sepanjang sesi taklimat oleh GPK KOKO diharapkan dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka berkaitan pelaksanaan program ARPRM. Di akhir sesi, PBSD Port Dickson telah menjemput Encik Dineshkumar Narayanasamy dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson selaku Pemegang ARPRM Tahap Emas dan juga Pemimpin Tahap Emas ARPRM untuk berkongsi maklumat serta pengalaman beliau sepanjang menjalankan program ini. Beliau berkongsi bagaimana beliau memulakan ARPRM dan bagaimana ARPRM mengubah kehidupan beliau dari seorang pelajar yang introvert kepada seorang yang telah berjaya dan mampu mencapai banyak kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa selepas bergelar Pemegang Tahap Emas ARPRM. Menurut beliau, kata-kata hikmat ini "It's not where you start, but how high you aim that matters for success." sentiasa tersemat di dalam hatinya dan menjadi pedoman hidupnya dalam mencapai kejayaan. Perkongsian pengalaman Pemegang Tahap Emas yang merupakan anak jati Port Dickson dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat, Port Dickson ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan dan semangat kepada para GPK KOKO dalam menjayakan program ARPRM ini di sekolah masing-masing. Di akhir sesi, Encik Mohd Azam Zakaria telah mengalu-alukan semua GPK KOKO untuk terlibat dan menjalankan program ARPRM di peringkat sekolah. Beliau menambah, pihak PBSD Port Dickson bersama MBD Port Dickson dan Badan Operasi ARPRM bersedia untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan program ini. Turut hadir bersama dalam sesi taklimat ini ialah Encik Ishak Mohd Nor, Timbalan PPD Bahagian Pembangunan Murid, Puan Rohaliza Mat Yasim, Penolong Pegawai PPD (Unit Prasekolah dan Rendah) dan Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi MBD Port Dickson bersama Encik Kevin Kandasamy, Ahli Jawatankuasa MBD Port Dickson. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamMAS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM #MBDPortDickson #MenggerakBelia