PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 DAERAH PORT DICKSON MASUK SEKOLAH

Port Dickson, 16 Julai - Seramai 275 orang murid dan 28 orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi telah menyertai Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Daerah Port Dickson (Siri 3) bertempat di padang sekolah tersebut, hari ini. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) dan disokong sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson. Puan Ying Aiesyah Zakaria, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SK Linggi telah menyusunatur perjalanan program seawal jam 07.30 pagi bersama barisan jawatankuasa program.
Jam 08.00 pagi, barisan Instruktor Kecergasan Bertauliah dari KEFA telah memulakan acara senamrobik dengan sesi pemanasan badan. Para murid dan guru menjalankan aktiviti senamrobik dengan penuh bersemangat dan ceria. Acara senamrobik berlangsung selama 45 minit telah memberikan reaksi positif di kalangan semua peserta.
Seterusnya, acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Daerah Port Dickosn (Siri 3) bagi Peringkat SK Linggi yang disempurnakan oleh Dr Maizatul Akma Aziz, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran), PPD Port Dickson. Dr Maizatul Akma Aziz turut melancarkan gimik perasmian dengan menjatuhkan pin bowling padang sebagai simbolik perasmian. Pihak PPD Port Dickson dan SK Linggi mengucapkan setinggi penghargaan kepada PBSD Port Dickson dan KEFA di atas kesudian untuk berkolaborasi dalam program pada kali ini.
Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Fahmi Ramli, Penolong Pegawai PPD (Unit Pembangunan Murid), PPD Port Dickson, Puan Sarimah Pemadi, GPK Pentadbiran SK Linggi, Puan Siti Alifah Hamzah mewakili PBSD Port Dickson dan Puan Noormila Abu Bakar, Pengerusi KEFA.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
KEFA Group Official
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#KEFAxSKLinggi #SKLinggiHebatNo1

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search