PROGRAM MASTER SPORT 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Seremban 2, 19 Julai 2025 (Sabtu) - Hari ini telah bermula pertandingan sukan Petanque sempena Program Master Sport 2025 Peringkat Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Sembilan bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Mohd Said, Seremban 2.
Seramai 120 orang peserta dari beberapa Agensi Kerajaan, Kelab Sukan, Pelajar Sekolah dan peserta dari dalam dan luar Negeri Sembilan menyertai acara sukan Petanque ini.
Kejohanan ini akan berlangsung selama dua (2) hari bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Sukan dijadikan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional melangkaui batasan agama, bangsa dan politik.
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#RoadToHSN2025
#Teamjbsn9
#TeamKBS

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search