- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
JEMPOL, 11 Julai 2025 (Jumaat) – Telah diadakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Seramai 400 orang telah hadir menyertai program ini iaitu terbahagi kepada 3 acara pertandingan seperti pertandingan kawad kaki, pertandingan doodles art dan pertandingan inovasi kitar semula bagi peringkat Daerah Jempol yang melibatkan penyertaan dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Peserta yang menjadi johan dalam pertandingan ini dibawa bertanding ke peringkat Negeri.
Program bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.
Terdapat beberapa agensi dan NGO yang turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini seperti Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, AADK Cawangan Jempol, dan Persatuan Belia Felcra Bayai. Program ini merupakan platform untuk mendidik golongan belia kreatif,inovasi dan berintegriti serta tanggungjawab lestari alam terutama dalam persekitaran sendiri.
Tuan Anuar Bin Nordin Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu telah hadir merasmikan program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025. Turut hadir bersama Encik Azmeer Amar Azwan Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Jempol, En. Osmizaidi bin Othman Pengurus SW Corp Malaysia Cawangan Jempol, dan En. Siva Perulam A/L Tanapal GPK Koko SMK Palong 7.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program FIESTA RAKAN MUDA Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 hari ini, semoga program-program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#rakanmudaofficial
#pbsdjempol
#ppdjempol