PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

JEMPOL, 16 Julai 2025 (Rabu) – Telah diadakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Seramai 1502 orang peserta telah hadir menyertai program kali ini melibatkan tiga acara pertandingan seperti Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Doodles Art dan Pertandingan Inovasi Kitar semula yang melibatkan penyertaan peserta dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Peserta yang menjadi johan dalam setiap pertandingan ini akan mewakili Negeri Sembilan bertanding ke peringkat Kebangsaan.
Program ini merupakan suatu platform untuk mendidik golongan belia kreatif, inovasi dan berintegriti serta tanggungjawab melestarikan alam terutama dalam persekitaran sendiri.
Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah hadir merasmikan majlis penutup Pertandingan Inovasi Kitar Semula dan Pertandingan Doodle Art program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan 2025. Turut hadir bersama Encik Mohd Amirul Asyraf bin Mohd, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Jempol, Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Manakala majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki telah disempurnakan oleh Encik Shamsudin bin Redza, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan 2025. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
#yakinboleh
#rakanmuda
#RakanEkspresi
#JBSNBersama
#teamJBSN9
@hannahyeoh
#AdamAdli

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search