- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 98
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 98
14 Jun 2025 (Sabtu), Seremban - Telah berlangsung Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan Kelab Rakan Muda Rasah.
Tiga pertandingan telah dilaksanakan dalam program ini iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Doodle Art dan Pertandingan Inovasi Alam Sekitar..
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Norazam Bin Hj Nayan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban. Turut hadir Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan En Waisulkarni Bin Sulaiman, Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta En Mohd Khushairi bin Zainal, Pegawai Pembangunan Unit Rakan Muda Daerah Seremban.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada, semua pihak yang membantu menjayakan Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban pada tahun ini samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga penganjuran program seperti ini dapat menarik minat golongan muda untuk menyertai program Rakan Muda di samping memberi ruang dan platform kepada golongan belia sebagai medium untuk penyerlahan bakat melalui saluran yang sesuai.
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
KELAB RAKAN MUDA RASAH
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDSeremban
#TeamKBS #TeamJBSN9
#YakinBoleh #RakanMuda #FiestaRakanMuda