- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 51
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 5)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 51
TAMPIN, 12 Julai 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 5) bertempat di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh dengan kerjasama MRSM Gemencheh.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan yang bertujuan menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Hj. Wan Mustaffa bin Wan Nawang, Pengetua MRSM Gemencheh. Turut hadir bersama ialah Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Zuraina binti Nordin Presiden Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin