14 Mac 2025 (Jumaat) - Pertandingan Mimbar Daie Program Rakan Muda Ramadhan Daerah Port Dickson 2025 bertempat di Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah telah berlangsung pada 13 Mac 2025 (Khamis). Seramai 16 orang peserta yang berumur 13 - 17 tahun terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini mendapat kerjasama yang erat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson serta SMA Chuah. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Shahrizal bin Abdul Samad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, PPD Port Dickson Turut hadir sama ke Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah ialah Encik Rasis bin Jalil, GPK Hal Ehwal Murid SMA Chuah. Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Adik Wan Muhammad Adam dari SMA Telok Kemang manakala Johan Kategori Wanita dimenangi oleh Adik Nor Yasmin binti Mohd Shahrizal SMA Chuah. Jom Sertai Rakan Muda ย Layari pautan https://www.kbs.gov.my/rakanmuda untuk Sertai Rakan Muda. YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA ย #Teamkbs #Teamjbsn #Teamjbsns #Teampbsdpd #Yakinboleh #Rakanmuda
PBSD TAMPIN TERIMA PEGAWAI BARU Tampin, 12 Mac 2025 (Rabu) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin telah menerima Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) baru bagi menggantikan Pn. Hamizah binti Haji Khalid yang bertukar ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tampin berkuatkuasa pada hari ini. Terdahulu pada pagi tadi, Pn. Fazatulzakiyah binti Bakri telah melapor diri kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan sebelum ditempatkan di pejabat ini selepas berkhidmat di Pejabat AADK Daerah Tampin selama 12 tahun. Seluruh warga kerja mengalu โ alukan kedatangan dan semoga pengalaman serta kemahiran beliau mampu melicinkan lagi urusan pentadbiran pejabat ini.
12 Mac 2025 (Rabu) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan (Pertandingan Hafazan Al-Quran dan Nasyid) Tahun 1446H / 2025 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti, Kuala Pilah. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta institusi yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah & SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti (SMK TBB). Program ini disertai seramai 120 peserta/pelajar iaitu 10 peserta Hafazan (5 Lelaki & 5 Perempuan) dan 10 Kumpulan Nasyid. Perasmian program disempurnakan oleh Encik Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah), Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Ruslan bin Mohd Amin (Pen. PPD Kuala Pilah : Ko-Kurikulum), Encik Ramli bin Zainuddin (GPK Ko-Kurikulum SMK TBB), Puan Selamah binti Pilus (GPK Akademik SMK TBB), Puan Normawati binti Zakariah (GPK-HEM SMK TBB), Guru-guru dan para pelajar SMK TBB, Encik Syaiful Azlan bin Abdul Jalil dan Encik Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah). Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi aktiviti khusus Rakan Muda dibulan Ramadan, menyerlahkan bakat seni berkumpulan (Nasyid) dan kebolehan menghafal Al-Quran dikalangan orang muda khususnya remaja Islam. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang sesuai dengan slogannya "Rakan Muda - Yakin Boleh". #teamKBS #teamJBSN #teamjbns9 #JBSNBersama
- 11 Mac 2025 (Selasa) - Dewan Gemilang, MRSM Serting
JEMPOL - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kembali lagi dengan program Rakan Muda Ramadan. Program ini merupakan salah satu platform pengisian aktiviti belia pada bulan Ramadan yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan beberapa pertandingan. Hari ini, bertempat di Dewan Gemilang, MRSM Serting telah diadakan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jempol dengan melaksanakan Pertandingan Hafazan dan Nasyid bagi mencari bakat dan persiapan mewakili daerah ini ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 20 Mac 2025 akan datang. Program Rakan Muda Ramadan Daerah Jempol kali ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu, JHEAINS Daerah Jempol dan MRSM Serting. Penyertaan pertandingan hafazan & nasyid adalah daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Daerah Jempol dan MRSM Serting. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Anuar bin Rahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu. Turut hadir menyerikan program dan sesi penyampaian hadiah adalah Encik Mohd Ali bin Mohd Yusof, Pengetua MRSM Serting, Encik Mohd. Khairul Hamizan bin Sa'at, Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Encik Muhammad Zaini bin Awalludin, Timbalan Pengetua (Pembangunan Bakat) MRSM Serting dan Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Seramai 14 peserta lelaki dan 8 peserta perempuan berentap bagi merebut gelaran juara hafazan peringkat daerah Jempol. Manakala, seramai 6 kumpulan telah menyertai pertandingan nasyid. Senarai Pemenang :- ย Pertandingan Hafazan (Lelaki) ย - Sdra. Muhammad Alwi Fakhrudin, Maahad Tahfiz Raudhatul Quran Ibrahimiyyah Serting Tengah. ย - Sdra. Muhammad Aqil bin Mohd Syamsul Akmal, SBPI Jempol, Batu Kikir ย - Sdra. Hariz Zafran bin Mohd Helmy, SMA Hj. Muhamad, Bahau
ย Pertandingan Hafazan (Perempuan) ย - Sdri. Nur Syaffiahtul Hanis, SBPI Jempol, Batu Kikir ย - Sdri. Quwwatun Aqidah bt Ahmad Kamal, SMA Hj. Muhamad, Bahau ย - Sdri. Junaina Wardina bt Armi Syahrin, SMA Hj. Muhamad, Bahau
ย Pertandingan Nasyid (Berkumpulan) ย - Azra Voices, SMK Felda Palong 7 ย - South Mumtaz, SMK Serting Hilir Kompleks ย - Shoutulnajah, MRSM Serting
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang yang telah menyertai program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jempol hari ini. Yakin Boleh! Rakan Muda ย #MalaysiaMadani #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #rakanmuda #yakinboleh #rakanmudaramadan #fypใทใviralใทfypใทใ JBSNegara JBS Negeri Sembilan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda PPD Jempol dan Jelebu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official"
7 Mac 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Pertandingan Hafazan Al Quran Program Rakan Muda Ramadhan Daerah Port Dickson 2025 bertempat di SMA Telok Kemang. Seramai 20 orang peserta yang berumur 13 - 17 tahun terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini mendapat kerjasama yang erat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson serta Sekolah Menengah Agama Telok Kemang. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Fazeerul Akmar bin Ahmad Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Menengah & Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah. Turut hadir bersama adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson Tn. Hj Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman serta Pengetua SMA Telok Kemang Hj. Ahmad Zulfakor bin Darusa. Jom Sertai Rakan Muda ย Layari pautan https://www.kbs.gov.my/rakanmuda untuk Sertai Rakan Muda. YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA ย #Teamkbs #Teamjbsn #Teamjbsns #Teampbsdpd #Yakinboleh #Rakanmuda
TAMPIN , 7 Mac 2025 (Jumaat) - Program Rakan Muda Ramadan merupakan salah satu platform kepada golongan belia untuk menjalani bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti ibadah yang bermanfaat dan bermakna. Selain dari itu, program ini juga dapat membina semangat disiplin diri, semangat kemasyarakatan dan interaksi komuniti. Pagi tadi, bertempat di Sekolah Menengah Agama Repah (SMART) Tampin telah diadakan Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran dan Nasyid bagi mencari bakat dan persiapan mewakili daerah ini ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 20 Mac 2025 bertempat di International Youth Centre (IYC) Cheras, Kuala Lumpur. Masing-masing 5 peserta hafazan lelaki dan perempuan berentap di pusingan akhir setelah mengetepikan cabaran 36 peserta bagi kedua-dua kategori yang diadakan selama dua hari. Sementara bagi pertandingan nasyid pula disertai sebanyak 5 kumpulan mewakili setiap tingkatan. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tuan Hj Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu, Pengetua SMA Repah. Turut hadir menyerikan program dan sesi penyampaian hadiah adalah Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Rakan Muda Rakan Ekspresi. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
Seremban, 7 Mac 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Seremban bertempat di Dewan Dโ Persada Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Dua pertandingan telah dilaksanakan semasa program ini berlangsung iaitu Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan wanita. 12 kumpulan telah menyertai Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan 14 orang peserta telah menyertai Pertandingan Hafazan. Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Jamil Aris bin Haron, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Turut serta dalam majlis penyampaian hadiah dan sijil ini adalah Puan Cindy Sigau selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Hjh Norhayati binti Hashim, GPK Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Turut terlibat dan hadir juga ialah Puan Nor Azlina binti Abd Karim dan En Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ucapan khas diutuskan kepada pengetua dan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor kerana telah membenarkan program kali ini dilaksanakan di sini. Pejabat ini juga berharap dengan kerjasama dua hala ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. SMK Panchor #pbsdseremban #jbsns9 #MalaysiaMADANI #RakanMudaRamadan #RakanEkspresi
- 28 Februari 2025 (Jumaat) - Bilik Mesyuarat JKKR Felda Palong 8 JEMPOL - Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 memberi saingan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 dalam kategori pertubuhan. Penyertaan sulong persatuan tersebut mewakili belia felda di daerah Jempol ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen mereka untuk menyertai APBN 2025 pada kali ini. APBN merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian golongan belia dan pertubuhan belia di Malaysia yang memberikan impak signifikan dalam pembangunan negara. Sesi penilaian berlangsung di Bilik Mesyuarat JKKR Felda Palong 8 dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Hj Saini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pn. Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Sembilan, En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Sdra. Tauwfek bin Hj Maslam, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MBFM Wilayah Raja Alias, En. Azman bin Mad Nawi, Penasihat Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 dan En. Faizal bin Zolkafli, Penyelaras Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8. Sesi taklimat telah dibentangkan oleh Sdra. Ismail bin Salim, Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 bersama barisan kepimpinan dan AJK persatuan. Seramai 50 orang telah menyertai sesi penilaian tersebut di kalangan ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil agensi dan komuniti setempat. Dalam pada itu juga, para panel penilai turut membuat lawatan ke beberapa lokasi projek usahawan belia yang berkaitan di Felda Palong 8. Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 atas usaha dan komitmen bagi menyertai penilaian APBN kali ini. Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan nanti. InshaAllah! ย #APBN2025 #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #MalaysiaMADANI #fypใท JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Persatuan Belia (MBFM) Felda Palong 08
- 28 Februari 2025 (Jumaat) - Balairaya Kg Bayai Baru JEMPOL - Persatuan Belia Felcra Bayai menyahut cabaran dan memberi saingan untuk mewakili Daerah Jempol bagi menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 dalam kategori pertubuhan. APBN merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian golongan belia dan pertubuhan belia di Malaysia yang memberikan impak signifikan dalam pembangunan negara. Sesi penilaian telahpun berlangsung di Balairaya Kg Bayai Baru dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Hj Saini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pn. Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Sembilan, En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, En. Encik Mohd Haniff Hafizuddin, Pengurus Felcra Kawasan Serting, En. Mohd Shahrudin bin Abdul Aziz, Penghulu DUN Serting, En. Mohd Nazri bin Rosli, Pengerusi JPKK Kg Bayai Baru merangkap Penasihat Persatuan Belia Felcra Bayai dan En. Zamrud bin Alias, Pengerusi JPKK Kg Bayai Lama. Sesi taklimat telah dibentangkan oleh Pn. Norasykin binti Mohamad Nor, Pengerusi Persatuan Belia Felcra Bayai bersama barisan kepimpinan dan AJK persatuan. Seramai 40 orang telah menyertai sesi penilaian tersebut di kalangan ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil agensi dan komuniti setempat. Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia Felcra Bayai atas usaha dan tenaga bagi persiapan dokumentasi pembentangan sesi penilaian kali ini. Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan nanti. InshaAllah! ย #APBN2025 #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #MalaysiaMADANI #fypใท JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI