- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 40
MESYUARAT PENYELARASAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 40
03 JULAI 2025, Seremban – Dengan menggunakan konsep NO ONE LEFT BEHIND dan program berobjektifkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia, Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seremban kembali lagi. Kali ini mempertandingkan 3 acara sukan iaitu Pertandingan Bola Jaring (Wanita), Pertandingan Sepak Takraw (Regu Lelaki) dan Pertandingan Ping-Pong (Regu Campuran) yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Julai 2025.
Oleh yang demikian, satu mesyuarat penyelarasan telah berlangsung pada pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan mesyuarat telah dipengerusikan Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Antara inti pati dalam mesyuarat ini adalah penyelarasan dari segi teknikal, peraturan-peraturan am pertandingan mengikut acara serta tatakelola penganjuran. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah Encik Wan Mohd Husni bin Abdullah dari Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan, Encik Mohd Akmal bin Jamaludin dari Scorpions Table Tennis Club, Puan Azneelawati binti Abdullah dari Persatuan Bola Jaring Naga Merah serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga dengan adanya penyelarasan ini diharapakan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang khususnya untuk memperkasakan lagi pembangunan sukan di daerah Seremban.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#LIGASUKANKOMUNITI
#LSK2025
#LSKSEREMBAN2025