- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 43
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN BELIA MBFM SERTING HILIR 2
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 43
Persatuan Belia (MBFM) Serting Hilir 2 telah mengadakan sesi kunjung hormat serta pembentangan kertas kerja pelaksanaan Program Umrah Anjuran Persatuan Belia (MBFM) Serting Hilir 2 kepada pihak pengurusan dan wakil pihak pengurusan di setiap bahagian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Sesi perbincangan ini dimulakan dengan kata - kata aluan dan ucapan selamat datang oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kepada semua ahli pertubuhan yang hadir. Antara pegawai lain yang turut serta sesi ini adalah Encik Azmee Amar Azwan Pegawai Rakan Muda JBSNS, Encik Anas Fakhri bin Ab Aziz dan Encik Habli Hijazi masing - masing mewakili Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Sukan JBSNS.
Antara intipati utama sesi kunjung hormat ini adalah penerangan untuk mendapatkan Pengiktirafan Malaysia Books of Record pertubuhan belia pertama di Malaysia yang menganjurkan program Umrah bersama komuniti setempat. Seterusnya terdapat beberapa pertukaran informasi berkaitan program yang bakal dijalankan oleh Persatuan Belia (MBFM) Serting Hilir 2, penerangan saluran dana yang diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta perkara-perkara lain yang membabitkan perancangan pertubuhan belia pada masa akan datang.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mendukung serta menyokong penuh pelaksanaan program yang dibentangkan pada hari ini dan memberikan garis panduan tambahan bagi menjayakan lagi program yang julung-julung kalinya diadakan. Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan atas komitmen dan usaha murni yang dihasilkan oleh golongan belia yang terlibat .
#Yakinboleh
#JBSN9
#MartabatSuaraBelia