- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 : 𝐌𝐎𝐁𝐈𝐋𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐀𝐓𝐑𝐈𝐀) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐄𝐌𝐏𝐎𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 1 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐5
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 44
JEMPOL, 03 Julai 2025 (khamis) – Telah berlangsung Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Jempol Siri 1 Tahun 2025 bertempat di Balairaya Kampung Bayai Baru.
Seramai 150 orang telah hadir menyertai program ini bersama-sama membantu membersihkan kawasan Balairaya Kg Bayai Baru serta kawasan sekitar di Kampung Bayai Lama dan Kampung Bayai Baru.
Terdapat beberapa agensi dan NGO yang turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini seperti Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, IPD Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Jabatan Kerja Raya Jempol, Pejabat Kesihatan Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, AADK Cawangan Jempol, KEMAS Jempol, FELCRA Berhad Kawasan Jempol, Jabatan Saliran Jempol, Persatuan Belia Felcra Bayai, Persatuan MYHA, JPKK Kg Bayai Baru, JPKK Kg Bayai Lama Serta Pelajar Sekolah Menengah Agama Dato Haji Mustafa Dan penduduk kampung.
Program ini merupakan platform untuk mendidik komuniti dan masyarakat terutama golongan belia dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutama dalam persekitaran sendiri.
Turut hadir Encik Nor Mohd Azahar bin Saharudin, Penyelaras DUN Serting, Cik Siti Aisyah binti Nordin selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah Jempol, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Jempol, Encik Mohd Reimy bin Baharuddin Penolong Jurutera Daerah Jempol, Mohammad Hanif Hafizudin bin Abd Hadi Pengurus Kawasan Felcra Berhad Serting, Encik Nazri bin Rosli JPKK Kg Bayai Baru, Encik Zamzrud bin Alias JPKK Kg Bayai Lama.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program SATRIA SIRI 1 Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 hari ini.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#pbsdjempol
#rakanmudaofficial