- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 57
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 57
02 Julai 2025, Jelebu - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform golongan belia untuk menyalurkan idea, membincangkan isu dan dasar pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia. Selain sebagai meja perbincangan, MPBN juga bertindak sebagai badan tertinggi dalam menentukan dasar, strategi dan program pembangunan belia negara yang perlu diperjelas dan diiktiraf statusnya di semua peringkat dari akar umbi.
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2025 berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. Empat usul telah dibahaskan merangkumi kluster Ekonomi, kluster Sosial dan kluster Kepimpinan telah menjadi perbahasan yang amat positif diantara belia dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan. Maklumbalas kedua pihak pada sesi persidangan telah mencapai banyak kesepakatan yang mantap dalam memuktamadkan penyelesaian dan pandangan.
Persidangan telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Pegawai Daerah Jelebu. Turut hadir sama Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Haji Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Encik Mohd Fakhri bin Abd Aziz, Naib Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu.
Adalah menjadi harapan agar MPBN ini mampu memperkukuh dan mempertingkatkan lagi hubungan antara pertubuhan belia setempat dengan agensi kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdjelebu