- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 125
TAKLIMAT DAN PROMOSI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA @ KVPD
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 125
Port Dickson, 30 Jun - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2000 melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melahirkan ramai pemegang anugerah berprestij dan bertaraf antarabangsa ini, terus mendapat perhatian dan menarik minat remaja berumur 14 hingga 25 tahun. Sehubungan dengan itu, inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah menganjurkan Jelajah Taklimat ARPRM Daerah Port Dickson ke semua sekolah menengah dalam daerah ini.
Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) menjadi destinasi kesebelas bagi program jelajah ini. Pada 30 Jun 2025, seramai 350 orang pelajar KVPD telah berkumpul dalam Dewan Seri Gemilang, KVPD bagi menghadiri sesi taklimat ARPRM yang disampaikan secara interaktif oleh Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda, PBSD Port Dickson. Terdahulu, KVPD telah melahirkan pemegang Tahap Gangsa dan Perak pasa serta pemimpin ARPRM di kalangan guru-guru KVPD pada tahun 2023 dan 2024.
Hasrat PBSD Port Dickson selaku Badan Operasi ARPRM di daerah ini ialah untuk melahirkan lebih ramai lagi pemegang tahap Gangsa hingga tahap Emas yang layak ditauliahkan berdasarkan komponen-komponen yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, program ini bukanlah berbentuk pertandingan malahan ianya merupakan satu program yang mencabar kebolehan dan kemampuan diri mengikut pencapaian terbaik peserta di samping mengamalkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda sebagai panduan.
Turut hadir bersama ialah Encik Putera Nur Hadi Mohd Johari, pemimpin ARPRM dari KVPD dan Puan Zuraidah Mat Ratin dari PBSD Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama #KBSMalaysia
#TeamPBSDPortDickson #TeamRakanMuda
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM