MESYUARAT PENYELARASAN FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2025

SERTING, 30 Jun 2025 - Telah diadakan mesyuarat penyelarasan Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Jempol bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Jempol.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dan telah dihadiri oleh Encik Mohd Amirul Asyraf bin Mohd dari Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu, serta guru-guru yang telah dilantik selaku barisan urusetia dan juri bagi program tersebut.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan program yang melibatkan pertandingan kawat laki, pertandingan doodle arts, dan pertandingan inovasi rakan muda. Pembentangan kertas kerja telah disampaikan oleh Puan Darmatafsiah binti Zainol.
Semoga dengan terlaksananya mesyuarat ini sedikit sebanyak dapat melancarkan lagi perjalanan program yang akan dilaksakan nanti.
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#pbsdjempol
#ppdjempol
#rakanmudaofficial

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search