PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025

Gemas, 2 Julai 2025 – Pelbagai usaha kerajaan untuk memberikan platform kepada generasi muda bagi menunjukkan bakat,kreativiti dan kepimpinan mereka di dalam pelbagai bidang. Ini adalah bertujuan untuk membentuk pelapis pemimpin yang berdaya saing dan melibatkan diri dalam aktiviti yang berstruktur dan menyeronokkan.Melalui program yang tepat dan berkesan, dapat memberikan pendedahan generasi muda sekarang ke arah bandar pintar dan teknologi hijau disamping melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan semangat kerjasama yang tinggi.
Bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin, pejabat ini menganjurkan Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Tampin dengan beberapa pengisian program iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Inovasi Kitar Semula dan Doodles Art yang disertai oleh sekolah-sekolah di dalam daerah Tampin. Dengan komitmen yang tinggi dari semua pihak, program ini berjalan dengan penuh meriah dengan penyertaan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Sekolah Menengah sebanyak 18 buah sekolah, Pertandingan Kawad Kaki Kategori Sekolah Rendah sebanyak 10 buah sekolah, Pertandingan Doodles Art seramai 52 orang dan Pertandingan Inovasi dengan penyertaan sebanyak 12 buah sekolah.
Majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jelai 1 (F) dengan dirasmikan Puan Nuri Wahida Shazwani binti Mohd Zin Wakil Penyelaras Dun Gemas, ASP Johan bin Johari wakil Ketua Polis Daerah Tampin, Encik Mohd Firdauz bin Shariff wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Manakala di SMK Jelai (F) yang telah berlangsung Pertandingan Inovasi Kitar Semula dan Doodles Art ,majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Adzrul Nizam Bin Adnan Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid, En Nor Azharludin bin Bakar Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jelai (F), En Asri Bin Sarmejan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jelai (F) dan Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Tampin.
Rakan Muda Rakan Mahir.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search