SEREMBAN, 14 Februari 2025 - Telah berlangsung Majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat pada hari ini di Bilik Mesyuarat Aras 1 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi menzahirkan Salam Takziah buat seorang kakitangan jabatan yang baru kehilangan ahli keluarga terdekat. Majlis telah di pimpin oleh Encik Anas Fakhri bin Abd Aziz, Pegawai Belia dan Sukan dan ianya telah di hadiri oleh Tuan Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan di Jabatan. Majlis juga di teruskan dengan mengadakan Majlis penghargaan dan perpisahan kepada kakitangan yang bertukar iaitu Encik Nizam bin Mohd Top yang akan ke Jabatan Kastam Negeri Sembilan yang berkuatkuasa pada 17 Februari 2025 ini. Selamat maju jaya kami ucapkan dari warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kepada yang akan bertugas di tempat baru.
- 12 FEBRUARI 2025 Satu sesi kunjung hormat oleh Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Kebangsaan, En.Norijam Ibrahim keatas Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah diadakan pada 12 Februari 2025. Sesi kunjung hormat ini diadakan bagi membincangkan hala tuju persatuan rekreasi dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang akan diadakan di Negeri ini bagi memastikan organisasi persatuan berada didalam landasan yang betul dan sempurna serta Berjaya menghasilkan dapatan yang positif dalam aspek pembangunan sukan rekreasi di Negeri Sembilan. Diharapkan kedua-dua pihak saling bekerjasama dan berganding diantara satu sama lain untuk jangka masa yang lebih panjang.
- 8 Februari 2025 (Sabtu) ย - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor SHAH ALAM โ Karnival Sukan Muhibah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 telah berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Selangor. Seramai 50 orang ahli Kelab WARIS (Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan) telah mewakili kontinjen Negeri Sembilan bagi SUKMEP 2025 kali ini. Karnival Sukan ini disertai oleh lima (5) kontinjen daripada Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Sebanyak tujuh (7) acara dipertandingan iaitu Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Karom, Pickleball, Ping Pong, Olahraga (8 x 50 meter) dan Tarik Tali. Karnival SUKMEP kali ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan Keluarga JBS Negeri Selangor selaku tuan rumah dengan kerjasama Kelab Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (WARIS), Kelab Sukan dan Kebajikan JBS WP Kuala Lumpur, Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Negeri Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Negeri Perak. Kontinjen WARIS Negeri Sembilan telah mendapat kedudukan tempat Ketiga keseluruhan. Johan dimenangi oleh kontinjen tuan rumah Negeri Selangor dan Naib Johan milik kontinjen WP Kuala Lumpur. Manakala, kontinjen Negeri Perak dan Johor telah mendapat tempat keempat dan kelima keseluruhan. Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan :- ๐๐๐๐๐ฎ๐น ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ถ Johan - WP Kuala Lumpur Naib Johan - Selangor Ke 3 - Johor Ke 4 - Negeri Sembilan Ke 5 - Perak ๐๐๐๐๐ฎ๐น ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ Johan - Selangor Naib Johan - Negeri Sembilan Ke 3 - Perak Ke 4 - WP Kuala Lumpur Ke 5 - Johor ๐๐ฎ๐ฟ๐ผ๐บ Johan - Selangor Naib Johan - WP Kuala Lumpur Ke 3 - Negeri Sembilan Ke 4 - Johor Ke 5 - Perak ๐ฃ๐ถ๐ป๐ด ๐ฃ๐ผ๐ป๐ด Johan - Selangor Naib Johan - WP Kuala Lumpur Ke 3 - Negeri Sembilan Ke 4 - Johor Ke 5 - Perak ๐ฃ๐ถ๐ฐ๐ธ๐น๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐น๐น Johan - Perak Naib Johan - WP Kuala Lumpur Ke 3 - Selangor Ke 4 - Negeri Sembilan Ke 5 - Johor ๐ข๐น๐ฎ๐ต๐ฟ๐ฎ๐ด๐ฎ Johan - Selangor Naib Johan - Negeri Sembilan Ke 3 - Perak Ke 4 - WP Kuala Lumpur Ke 5 - Johor ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ ๐ง๐ฎ๐น๐ถ Johan - Selangor Naib Johan - Negeri Sembilan Ke 3 - WP Kuala Lumpur Ke 4 - Johor Ke 5 - Perak Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah sempurnakan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. Hadir bersama ialah Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura binti HajI Sarbin, Pengarah JBS Negeri Selangor, Encik Ahmad Shariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah JBS WP Kuala Lumpur, Encik Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBS Negeri Johor dan Encik Khairul Adri bin Datoโ Rosli, Timbalan Pengarah JBS Negeri Perak. Syabas dan Tahniah kepada semua pasukan yang menyertai Karnival SUKMEP pada tahun ini. #MalaysiaMADANI #KBSMalaysia #JBSNKomited #TeamJBSN9 #KelabWARIS #SUKMEP2024 #fypใทใviralใทfypใทใ JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
ย - 6 Februari 2025 | Khamis ย - KOMBES Negeri Sembilan Seramai 47 orang pegawai dan kakitangan JBS Negeri Sembilan yang merupakan ahli Kelab Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (WARIS) telah menghadiri sesi penyerahan bendera dan baju Kontinjen Negeri Sembilan ke Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP 2025). Simbolik penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Shariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan kepada Encik Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, YDP Kelab WARIS merangkap Ketua Kontinjen diringi oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Ketua Kontinjen merangkap Timbalan YDP Kelab WARIS. Turut hadir bersama ialah Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan), JBS Negeri Sembilan. Karnival SUKMEP 2025 akan berlangsung pada 8 Februari 2025 (Sabtu) ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Selangor yang akan disertai enam (6) kontinjen daripada JBS Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Melaka. Sebanyak tujuh (7) acara sukan akan dipertandingkan iaitu Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Pickleball, Ping Pong, Karom, Tarik Tali dan Olahraga. Selamat Maju Jaya untuk Kontinjen Kelab WARIS, JBS Negeri Sembilan. Semoga beroleh kejayaan dan menjadi juara. ย ย #MalaysiaMADANI #KBSMalaysia #JBSNKomited #TeamJBSN9 #KelabWARIS #SUKMEP2025 #fypใทใviral JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Gemas, 25 Januari 2025 (Sabtu) โ Julung kalinya telah diadakan Kejohanan Muay Thai Piala Y.T.M Undang Luak Johol 2025 bertempat di Dewan Besar Gemas anjuran Bullets Muaythai Club dengan kerjasama Balai Rasmi Undang Luak Johol dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Nama kejohanan ini juga menempa keunikan tersendiri setelah mendapat perkenan sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Teramat Mulia DatoโJohan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan DatoโHaji Muhammed bin Haji Abdullah D.T.N.S, A.N.S, P.M.C, P.J.K, Undang Luak Johol yang ke-59. Sebanyak 110 pertembungan antara petarung melibatkan 13 kategori pro dan selebihnya kategori amatur sepanjang dua hari kejohanan bermula pada hari ini. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YB DatoโIsam bin Haji Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir memeriahkan majlis adalah En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Abdul Rifaat bin Abd Karim, Pengerusi Bullets Muaythai Club. Kehadiran pengunjung terutamanya masyarakat Gemas amat dialu-alukan bagi memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan yang bakal disempurnakan sendiri oleh Y.T.M Undang Luak Johol pada jam 8.30 malam esok. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
KLINIK LATIHAN ASAS SUKAN DAN REKREASI (ROPES COURSE & ORIENTEERING) KELAB RAKAN MUDA TAMPIN 2025 Tampin, 25 Januari 2025 (Sabtu) โ Tahniah diucapkan kepada Kelab Rakan Muda Pekan Tampin atas kejayaan menganjurkan Klinik Latihan Asas Sukan dan Rekreasi pada hari ini bertempat di Tampin Eco Extreme Park melibat bukan sahaja ahli kelab, malahan telah mendapat penyertaan luar daripada daerah ini. Selain daripada pengusaha tapak sukan lasak ini, pengurusan kelab juga bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin dalam memastikan segala perancangan awal yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik. Ini merupakan program kedua selepas cemerlang mengadakan Kursus Asas Penyelamatan Dalam Air pada Oktober 2024 yang lepas semenjak penubuhan kelab tersebut dipertengahan tahun yang sama. Antara pengisian aktiviti yang telah dilaksanakan adalah memanjat dan menuruni tebing batu (rock climbing and abseiling) serta asas pandu arah (orienteering). Selain itu, kehadiran peminat sukan kawalan jauh (RC Remote Control โ Drift) juga berjaya menghangatkan lagi suasana persekitaran dan pengunjung. Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan seterusnya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan lewat petang tadi. Turut hadir, En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin (Pengarah JBS Negeri Sembilan), DSP Mohd Ali Hanafiah bin Hashim (Timb. Ketua Polis Daerah Tampin), PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin), Dr. Mohd Nasir bin Abd Rahim (CEO Tampin Eco Extreme & Water Theme Park), En. Shamsul bin Yahya (wakil Ahli Parlimen Kawasan Tampin), Pn. Wan Zulaika binti Hj Kahar (Belia Harapan Daerah Tampin) dan En. Zarif Ashraf bin Norazmi (Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin). Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (Tampin, Gemencheh, Gemas dan Teluk Kemang) dan jurulatih rekreasi luar yang telah membantu kelancaran aktiviti pada hari ini. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
ย - 21 - 23 Januari 2024 ย - KOMBES Negeri Sembilan Para pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menyertai Kursus Asas Sukan 2025 sempena pemilihan peserta untuk mewakili kontinjen Negeri Sembilan ke Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) yang akan berlangsung pada 8 Februari 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor. SUKMEP merupakan program sukan muhibbah melibatkan 6 kontinjen daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Melaka. Sebanyak 7 acara sukan akan dipertandingkan iaitu Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Pickleball, Ping Pong, Karom, Tarik Tali dan Olahraga. Program Kursus Asas Sukan kali ini adalah inisiatif dan anjuran bersama JBS Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Warga JBS Negeri Sembilan (WARIS). Cergas Bersama ย #MalaysiaMADANI #JBSNKomited #kelabwaris #teamjbsn9 #fypใทใviralใท
Seremban, 20 Januari 2025 - Majlis Penyampaian Insentif Para Sukma XXI Sarawak 2024 telah selesai diadakan di Dewan Ballroom Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan pasukan catur Para Negeri Sembilan menjadi kumpulan tertinggi menerima insentif kecemerlangan berjumlah keseluruhan RM80,000 selepas mencatat pencapaian terbaik pada temasya Para Sukma Ke-21 Sarawak 2024. Seramai 13 atlet catur yang bersaing dalam temasya berkenaan menerima insentif antara RM2,000 hingga RM11,000 berdasarkan pencapaian pingat masing-masing sumbangan kerajaan negeri. Catur menyumbang dua pingat emas, masing-masing lapan perak dan lapan gangsa manakala pasukan boling padang pula menerima insentif kedua tertinggi sebanyak RM48,500, selepas meraih tiga emas, masing-masing empat perak dan empat pingat gangsa. Pasukan Powerlifting pula menerima insentif sebanyak RM41,500 hasil kutipan empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti pasukan olahraga yang menerima sebanyak RM28,500 selepas membawa pulang tiga emas, satu perak dan dua gangsa. Pasukan renang meraih RM24,000 selepas mengutip dua emas, satu perak dan dua gangsa manakala pasukan ping pong menerima sebanyak RM12,000 dengan kutipan satu pingat perak dan dua gangsa. Turut tidak ketinggalan menerima insentif berkenaan ialah pasukan badminton yang menerima sebanyak RM7,000 menerusi kutipan satu pingat perak. Atlet renang, Aleeya Farisya Faizul Rizal menjadi penerima insentif tertinggi berjumlah RM19,000 hasil kejayaan merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa selain mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter gaya bebas. Pencapaian kontinjen Negeri Sembilan pada temasya Para Sukma 2024 menunjukkan peningkatan apabila berjaya membawa pulang keseluruhan 53 pingat membabitkan 14 emas, 19 perak dan 20 gangsa untuk menduduki tempat kelapan. "Prestasi itu berbeza dengan pencapaian atlet pada temasya Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur yang membawa pulang 35 pingat membabitkan 14 emas, 11 perak dan 10 gangsa. Majlis penyampaian insentif telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dato' Haji Mustapha bin Nagoor Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato' Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita. Keluarga dan Masyarakat, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Ketua-ketua Jabatan, atlet para sukma Negeri Sembilan, ahli keluarga atlet, pegawai-pegawai kontinjen dan tetamu jemputan.
15 Januari 2025, Tampin - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program KLAS Sukan Mendaki dan Orienteering Kelab Rakan Muda Pekan Tampin telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBSD Tampin. Program ini akan dilaksanakan pada 25 Februari 2025 bertempat di Tampin Extreme Park. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bagi penyelarasan gerak kerja yang telah dirancang. Semoga program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.