- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 42
PERTANDINGAN PING PONG (BERPASUKAN) LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 42
26 JULAI 2025, Rantau - Liga Sukan Komuniti merupakan platform kepada pembudayaan sukan yang menyeluruh dan menjadi penghargaan dan pengiktirafan kepada masyarakat. Telah berlangsung Pertandingan Ping Pong (Berpasukan) Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seremban Tahun 2025 pada pagi tadi bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Rantau.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Scorpions Table Tennis Club. Johan pertandingan telah di menangi oleh pasukan SCORPIONS A, manakala Naib Johan di menangi oleh pasukan APPTC seterusnya tempat ke 3 di menangi oleh SCORPIONS B di kongsi bersama oleh pasukan ADTEC JDM KAMPUS PEDAS.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempunakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Puan Noorhasmiza binti Muhammad, Penyelaras Negeri Sukan Ping Ping Negeri Sembilan serta Encik Muhamad Akmal bin Jamaludin, Presiden Scorpions Table Tennis Club. Turut hadir bersama barisan teknikal dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengurusan Scorpions Table Tennis Club serta barisan teknikal dalam menguruskan pertandingan pada kali ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi menggalakkan budaya sukan seterusnya dapat membina budaya hidup yang sihat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan teruskan berjuang di peringkat Negeri nanti.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#LSKSeremban2025