- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 36
PERTANDINGAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 36
Tampin 26 Julai 2025 (Sabtu ) - Hari ini Kompleks Arena Dataran Tampin menjadi medan Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin merupakan penganjur utama kejohanan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC) dan di sokong rapat oleh Persatuan Bola Jaring Daerah Tampin.
Sebanyak 10 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara dan naib juara seterusnya mewakili daerah ini ke peringkat negeri.
Tepat jam 9.00 pagi tiupan wisel dimulakan dengan perlawanan pertama dimulakan oleh pengadil. Kejohanan diserikan lagi dengan kehadiran En. Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Manakala Majlis Penyampaian telah disempurnakan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan di iringi oleh Puan Nurul Akmar binti Zulkefle, Pengerusi Persatuan Bola Jaring Daerah Tampin.
Kejohanan pada kali ini diungguli oleh Pasukan Dragonites NC, Pasukan Wolverine selaku pemenang tempat kedua dan Net Busters serta Hotspur 'B' di tempat ketiga bersama.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin