IKTBN CHEMBONG MEDAN PENCARIAN GELARAN JUARA LSK 2025

Rembau, 26 Julai 2025 (Sabtu) - Liga Sukan Komuniti (LSK) merupakan inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi yang bertujuan untuk memperkasakan perpaduan komuniti, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan. Ia mula diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai sebahagian daripada agenda nasional untuk pembangunan sukan massa dan inklusif.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong menjadi medan pencarian sang juara tiga acara mulai hari ini (Bola Jaring Wanita dan Ping Pong Berpasukan) dan berakhir dengan acara Sepak Takraw Lelaki pada hari esok bagi Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Rembau 2025.
Selaku penganjur, pejabat ini telah bekolabrasi dengan Kelab Kecergasan Fit Aero, IKTBN Chembong, Persatuan Sepak Takraw Rembau, Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan dan Ghombau Table Tennis Club bagi menjayakan kejohanan yang menghimpunkan 30 pasukan untuk kesemua acara dan berlangsung selama dua hari.
Aksi konsisten dan penuh semangat Team Queens Court berbaloi apabila merangkul gelaran juara acara Bola Jaring Wanita setelah mengetepikan cabaran Team Jumperz di perlawanan akhir. Penyandang ketiga bersama dikongsi oleh Team Alpha Lady dan Team Blazerz. Sementara perebutan juara bagi acara Ping Pong Berpasukan telah diungguli oleh Team TSR Fasa 3, Team Slappers di kedudukan naib juara, Team Remmute dan Team STTC berkongsi gelaran ketiga bersama.
Hadiah pemenang telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama wakil setiap persatuan dan kelab sukan yang terlibat. Dua pasukan terbaik daripada semua acara bakal mengisi slot automatik untuk mewakili daerah ini ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada bulan September akan datang.
Tahniah kepada semua pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#rakanmuda
#rakanaktif
#pbsdrembau
#iktbnchembong

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search