Kejohanan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Jempol 2025

Jempol, 26 Julai 2025 - Kejohanan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Jempol 2025 telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan sebanyak 11 pasukan ping pong dan melibatkan agensi-agensi Kerajaan,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan belia-belia pelbagai kaum.Johan dimenangi oleh pasukan Dun Serting manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan Dun Bahau. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan Peace Academy dan Dun Jeram Padang.
Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah En.Nor Rashidi Bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
LSK ini menjadi medan pembangunan sukan di peringkat komuniti serta platform pengasahan bakat baharu.LSK ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan menyatukan masyarakat melalui platform sukan yang inklusif dan harmoni.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJempol

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search