- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 30
Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Jempol 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 30
Jempol, 26 Julai 2025 - Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Jempol 2025 di SMK Seri Jempol.
Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah En.Shahrizal Bin Ramli, Pegawai Pemantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta En.Nor Rashidi Bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Johan kejohanan pada kali ini dimenangi oleh pasukan Jumperz manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan Netkillerz. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan Rossy dan PLD Jempol.
LSK ini menjadi medan pembangunan sukan di peringkat komuniti serta platform pengasahan bakat baharu.LSK ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan menyatukan masyarakat melalui platform sukan yang inklusif dan harmoni.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNbersama
#PBSDJempol