- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 31
JIMAH LC JUARAI PERTANDINGAN PING PONG PROGRAM LSK DAERAH PORT DICKSON 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 31
Port Dickson, 26 Julai - Pertandingan Ping Pong Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Port Dickson telah berlangsung dengan meriah pada hari ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Si Rusa. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson selaku pengajur utama dengan kerjasama PD United Football Club selaku rakan strategik telah melantik Kelab Ping Pong Penaja Kampung Jimah Baru sebagai rakan pengelola dan teknikal bagi menjayakan program ini.
Seawal jam 07.30 pagi, para peserta mula membanjiri venue program bagi sesi pendaftaran dan melengkapkan borang-borang pemain sebelum acara pertandingan bermula. Tepat jam 08.30 pagi, perlawanan peringkat kumpulan telah dijalan. Sebanyak lapan pasukan telah berentap secara sihat di atas meja ping pong bagi merebut gelaran Juara. Objektif Program LSK ini adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan, memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan perpaduan dan keharmonian dalam komuniti setempat.
Perlawanan akhir telah mempertemukan Jimah LC dan Sikamat TTC yang pada akhirnya Sikamat TTC harus akur dan menyandang Naib Johan sekaligus menobatkan Jimah LC sebagai Johan. Manakala pasukan Jimah Zontes dan Jimah RXZ selesa berkongsi tempat ketiga bersama. Johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300.00 manakala Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200.00 dan tempat ketiga bersama masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100.00. Semua hadiah wang tunai diiringi dengan medal dan sijil pemenang.
Hadiah wang tunai, medal dan sijil kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Encik Syamsurri Ali, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SMK Kampung Baru Si Rusa diiringi oleh Encik Aizat Mohd Nasir, Setiausaha PD United. Turut hadir bersama ialah Puan Zuraidah Mat Ratin dan Encik Mohd Azam Zakaria mewakili PBSD Port Dickson, Puan Norafizah binti Zolkafali, Pegawai Pemantau Program dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Encik Sufian Yahaya dari Kelab Ping Pong Penaja Kampung Jimah Baru.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
PD united Majlis Belia Daerah Port Dickson
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda