20 Mei 2025, Tampin - Pejabat Ini telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Ydh Supt. Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara dua agensi di daerah ini. Kunjungan hormat ini bukan sahaja menjadi platform untuk bertukar pandangan dan idea, malah membuktikan komitmen kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama dalam memperkasakan pembangunan belia dan sukan di daerah ini khasnya. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ASP Muhammad Ridhwan bin Hj. Ghazali, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin manakala Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diwakili oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Port Dickson, 19 Mei - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) telah menerima kunjungan hormat dari Pegawai dan kakitangan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson, di sini hari ini. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Encik Frankie Anak Esa, Ketua Pegawai AADK Port Dickson bersama barisan pegawai yang lain. Kunjung hormat ini bertujuan untuk berkenalan dan beramah-mesra dengan pegawai-pegawai yang baharu berpindah ke PBSD Port Dickson serta membincangkan program-program yang boleh dikolaborasi bersama antara kedua-dua agensi ini. Encik Frankie Anak Esa memulakan bicara dengan membentangkan beberapa program yang telah ditakwimkan oleh AADK Port Dickson sepanjang tahun 2025 dan mempelawa serta memohon kerjasama dari PBSD Port Dickson dari segi pelaksanaan dan penyertaan golongan belia. Menurut beliau, program-program AADK Port Dickson adalah berbentuk aktiviti khidmat masyarakat, aktiviti kerohanian, aktiviti santai dan aktiviti kecergasan. Melalui program-program tersebut, AADK Port Dickson akan memberikan pendedahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan faktor risikonya. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson bersama barisan pegawainya menyambut baik kedatangan pegawai-pegawai dari AADK Port Dickson dan turut berbesar hati untuk merealisasikan kebersamaan serta kebersediaan PBSD Port Dickson dalam menjayakan program-program kolaborasi dengan pihak AADK Port Dickson demi kepentingan belia dan komuniti. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kempen pendedahan dan pencegahan penyalahgunaan dadah boleh dilaksanakan melalui Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson selaku badan induk pertubuhan belia di daerah Port Dickson ini, sekaligus menjadi ejen AADK kepada masyarakat setempat. Kedua-dua agensi amat berpuashati dengan pertemuan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang bakal terlaksana akan membuahkan hasil yang memberangsangkan demi kepentingan golongan belia dan masyarakat yang bebas dadah. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNBersama #TeamJBSN9 #TeamPBSDPortDickson #AADKPortDickson
SEREMBAN, 19 MEI 2025- Bertempat di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Kemahiran Latihan Asas Renang (KLAS) Fasa 1 Tahun 2025. Program ini dijangka akan bermula pada bulan Jun dengan mensasarkan 40 orang peserta yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun dalam kategori B40. Sekolah Tinggi Chung Hua telah dipilih sebagai salah satu tempat bagi melaksanakan KLAS Renang Fasa 1 ini. Persatuan Finswimming Negeri Sembilan merupakan rakan startegik bagi program ini yang akan dilaksanakan sebanyak 6 siri dengan mensasarkan 80 orang peserta keseluruhan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, Dr Sua Sin Zang. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YB Tuan Ng Chin Tsai ADUN Temiang, Encik Ravivarma dari Persatuan Finswimming Negeri Sembilan, Puan Siti Suhana binti Mohd Daralsalam dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Cik Reena Norneesha Nordin dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Diharap program ini akan mencapai objektif pelaksanaan seperti yang telah ditetapkan. #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9
Paroi, 18 Mei 2025 – Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan penuh meriah pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Program ini turut digandingkan bersama Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat, satu inisiatif yang menekankan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan belia. Majlis perasmian telah diadakan pada 18 Mei 2025 jam 11.00 pagi dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya peranan belia sebagai agen perubahan negara serta menyeru agar semua pihak memberi penekanan kepada gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat. Turut hadir memeriahkan majlis perasmian ialah: YB Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, EXCO Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan; Yang Berbahagia Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan; Yang Berbahagia Dr. Zuraida binti Mohamed, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan; Yang Berusaha Saudara Mohd Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan; Yang Berbahagia Dato’ Abdul Samad bin Ibrahim, Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Sembilan. Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk Karnival Kerjaya, Pertandingan E-sport, Himpunan dan Pertandingan Motorshow, Pameran Agensi, Saringan Kesihatan Percuma, Derma Darah, Pertandingan Catur, Pertandingan Futsal dan Bola Sepak, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Gemalai Tari, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti berteraskan pembangunan sahsiah dan kepimpinan generasi muda telah dilaksanakan pada hari tersebut. Program ini bukan sahaja menjadi platform kepada belia untuk menonjolkan potensi diri, malah turut membuka ruang kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan belia, dan komuniti dalam memperkukuh solidariti serta menyemarakkan semangat cintakan negara melalui pendekatan kesihatan dan perpaduan. Dengan sambutan yang memberangsangkan, penganjuran kali ini berjaya mencapai objektif untuk memperkasa belia Negeri Sembilan ke arah Malaysia Madani yang sihat, aktif, dan berdaya saing. #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #JBSNKomited #HBN2025 #YakinBoleh #RakanMuda #MalaysiaMADANI belia.my
Port Dickson, 19 Mei - Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah berlangsung meriah pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Dewan Negeri Rantau. Seperti saban tahun yang lalu, Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 turut dilaksanakan dalam acara sambutan pada edisi kali ini. Cik Sinthu Muthuveeran dari Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Teluk Kemang telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Kategori Individu Wanita dalam anugerah yang berprestij ini. Beliau telah membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM500.00. Cik Sinthu Muthuveeran merupakan anak jati Port Dickson yang mendapat pendidikan awal di daerah ini telah bergiat aktif dalam pergerakan belia bermula di bangku sekolah lagi. Beliau merupakan Setiausaha bagi HYO Teluk Kemang dan pemegang Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Setelah dua tahun berturut-turut menyertai APBN, penilaian tahun 2025 telah mengiktiraf hasil titik peluh beliau untuk menjejaki podium di tempat ketiga. Cik Sinthu Muthuveeran mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson di atas khidmat nasihat, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan kepada beliau sepanjang penglibatan beliau dalam arena ini. Beliau juga berazam untuk terus menyertai APBN di tahun yang mendatang sehingga dinobatkan sebagai Johan. Sekalung penghargaan dan tahniah buat Cik Sinthu Muthuveeran di atas kemenangan ini dan semoga ianya menjadi penyuntik semangat kepada para belia dan beliawanis di daerah Port Dickson untuk terus bergiat aktif dan mendapat pengiktirafan sewajarnya. Turut hadir meraikan kememangan ini ialah Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson dan Encik Dineshkumar Narayanasamy, Pengerusi HYO Teluk Kemang. HYO Teluk Kemang Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara belia.my KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda
PENCALONAN APBN 2025 WAKIL DAERAH JEMPOL KATEGORI INDIVIDU LELAKI : SDRA. YUSUF TAGIRI BIN ASEP NORJAMAN - TEMPAT KETIGA KATEGORI PERTUBUHAN : PERSATUAN MBFM FELDA PALONG 8 - JOHAN PERSATUAN MBFM FELDA SERTING HILIR 2 - TEMPAT KETIGA TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA : SDRA. ISKANDAR ZULKARNAIN BIN ZAMRI - KATEGORI INDIVIDU LELAKI PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI - KATEGORI PERTUBUHAN TELAH MEWAKILI JEMPOL UNTUK BERTANDING, TAHUN DEPAN KITA CUBA LAGI #MBNNS #HBN2025 #rakanmuda #yakinboleh #jbn9 #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli #teamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNegeriSembilan #HBN2025 #JabatanBeliaSukanN9 #YBmenteriKBS #KSN #YBTMKBS #KSUKBS #YBHannahYeoh #APBN #jempol
Kategori Individu Lelaki : JOHAN : Adib bin Abu Bakar (MBFM Jelai 3) NAIB JOHAN : Mohd Syafiq Ikhwan bin Mohd Isam (Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tampin) Kategori Anugerah Khas Presiden : Tokoh Belia Berketrampilan Muhammad Farhan bin Mohd Pilus (ABIM Tampin) Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pembakar semangat untuk melahirkan lebih ramai pemimpin belia berkualiti tinggi khususnya di Daerah Tampin dan amnya di Negeri Sembilan pada masa akan datang.
PAROI, 18 Mei 2025. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri Merangkap Ahli Parlimen Rembau telah merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2025 (HBN2025) dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir Exco-Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syarifruddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YBhg Dr Zuraida binti Mohamed, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Saudara Fairos bin Rusli, Presiden, Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan, Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Rozitta binti Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Sembilan, ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Sambutan HBN2025 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 17 hingga 18 Mei 2025 dan berjaya menarik lebih 15 ribu orang pengunjung dengan pelbagai acara-acara telah disediakan seperti berikut: Pameran agensi Kaunter bayaran saman JPJ, PDRM & MBS Jualan Rahmah KPDNKK Pertandingan mewarna kanak-kanak Program Plogging Combi Kejohanan Catur Cina Peringkat Negeri Sembilan Himpunan dan Pertandingan Motorshow Kaunter Bayaran Cukai Tanah JKPTG Pertandingan Gemalai Tari HBNS Idol Himpunan Gegadis Gathering MyFuture Job Perkeso Pameran TVET Pertandingan Nasyid Pertandingan Memasak: Hari-Hari Makan Sedap BAHANGNYA TERASA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) & JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT PERINGKAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 MOH DATANG RAMAI-RAMAI Meriahkan Lagi Sambutan Hari Belia Negara 2025 #MBNNS #HBN2025 #rakanmuda #yakinboleh #jbn9 #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh#AdamAdli #teamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNegeriSembilan #HBN2025 #JabatanBeliaSukanN9 #YBmenteriKBS #KSN #YBTMKBS #KSUKBS #YBHannahYeoh belia.my
PAROI, 18 Mei 2025 BAHANGNYA TERASA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) & JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 MOH DATANG RAMAI-RAMAI Meriahkan Lagi Sambutan Hari Belia Negara 2025 #MBNNS #HBN2025 #rakanmuda #yakinboleh #jbn9 #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli #teamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNegeriSembilan #HBN2025 #JabatanBeliaSukanN9 #YBmenteriKBS #KSN #YBTMKBS #KSUKBS #YBHannahYeoh belia.my