- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 24
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI DAERAH PORT DICKSON (SIRI 7) GEGAR SMK BUKIT SAUJANA
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 24
PORT DICKSON, 16 Ogos - Seawal jam 07.30 pagi 200 orang pelajar perempuan dan guru-guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Saujana telah berkumpul di Dewan Serbaguna sekolah tersebut untuk menyertai Program Malaysia Aktif @Komuniti Daerah Port Dickson (Siri 7) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) hari ini.
Puan Syarqiah Said yang mewakili Guru Penolong Kanan (GPK) Ko-kurikulum telah memberikan taklimat ringkas kepada semua pelajar dan guru sebelum menyerahkan audience kepada Instruktor Kecergasan yang bertauliah dari KEFA diketuai oleh Coach Zarina Harun. Sesi senamrobik dimulakan dengan pemanasan badan selama 10 minit bagi membuat regangan dan mengelakkan kecederaan. Sesi senamrobik diteruskan selama 45 minit dikendalikan dengan baik dan meriah oleh lima orang instruktor kecergasan dari KEFA.
Para guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan ceria dan penuh semangat sepanjang sesi senamrobik berlangsung. Sesi senamrobik diakhiri dengan sesi cooling down untuk melegakan otot-otot setelah menjalankan aktiviti senaman. Semua guru dan pelajar merasa gembira dan berpuas hati dengan sesi yang diadakan.
Di akhir program, Puan Siti Alifah Hamzah wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah menyerahkan sijil penghargaan kepada Puan Nazirah Adam, GPK Hal Ehwal Murid yang mewakili Pengerua SMK Bukit Saujana. Seterusnya Puan Noormila Abu Bakar selaku Presiden KEFA turut menyerahkan plaka sebagai tanda penhargaan kepada pihak SMK Bukit Saujana di atas kesudian menerima program ini bagi edisi ketujuh dari 12 siri yang ditetapkan.
Turut hadir bersama ialah wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bukit Saujana, guru dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bukit Saujana yang memeriahkan program.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
KEFA Group Official Fahmi Ramli
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#KEFAxSMKBukitSaujana #PPDPortDickson