- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 22
PROGRAM MOBILISASI SKUAD IHSAN MADANI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 22
Port Dickson, 16 Ogos - Telah berlangsung Program Mobilisasi Skuad Ihsan MADANI Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Port Dickson Siri 1/2025 bertempat di Kampung Sungai Raya, Linggi Port Dickson.
Objektif utama program Sukarelawan SATRIA 2025 adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia, memberikan pendedahan kepada kerja-kerja sukarela dan menyumbang kepada masyarakat melalui khidmat bakti. Program ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan inisiatif kesukarelawanan, meningkatkan kemahiran belia dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang bersama Rakan Strategik dari Masjid Kariah Kampung Sungai Raya, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Raya, Pejabat RELA Daerah Port Dickson, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), MykasihCare Daerah Port Dickson, Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej UNITI, KEFA Aerofitt Sports Club dan Kelab Rakan Muda Port Dickson.
Program melibatkan penyertaan seramai 85 orang sukarelawan yang membersihkan Rumah Asnaf dan kawasan perkuburan.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohd Faizal Bin Ramli, Pengerusi WlJawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital, Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Linggi. Hadir sama Encik Mohd Faizal Bin Mohd Arif Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda