- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 56
PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 56
SERTING, 10 Ogos 2025 (Ahad) – Telah berlangsung Kursus Kepimpinan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahun 2025 dengan kerjasama MRSM Serting dan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu.
Seramai 47 orang telah hadir menyertai kursus ini selama 3 hari bermula pada 8 Ogos 2025 sehingga 10 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan seterusnya mendapat pentauliahan sijil pemimpin ARPRM.
Perasmian penutup telah disampaikan oleh Tuan Anuar bin Rahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, dan dihadiri oleh Tuan Hj. Mohd Ali bin Mohd Yusof, Pengetua MRSM Serting, Puan Afizah binti Aduring, wakil jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, dan Encik Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Kepimpinan ARPRM Tahun 2025 ini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk memupuk dan melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin ARPRM.
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#rakanmudaofficial
#arprm
#pbsdjempol