- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
SATRIA REMBAU BERGANDING BAHU MENJAGA KELESTARIAN LUBUK TALAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
Rembau, 11 Ogos 2025 (Isnin) – Program Mobilisasi Skuad Ihsan Madani Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Peringkat Daerah Rembau telah berlangsung dengan jayanya di Jeram Rekreasi Sungai Talan, Rembau. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pertubuhan Belia Lubuk China diadakan bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, memperkukuh perpaduan masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Antara yang memberikan sokongan padu ke atas usaha ini termasuklah Kolej Komuniti Rembau, Institut Latihan Perindustrian Pedas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Rembau menyemarakkan lagi suasana program serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak kerajaan, institusi latihan dan komuniti setempat.
Kehadiran Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia & Sukan Daerah Rembau, Encik Mahadi bin Sudin, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti dan Puan Amalina binti Zainal, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti turut menyerikan lagi perjalanan program.
Sesi regangan badan bagi memastikan kesediaan fizikal serta mengelakkan kecederaan terlebih dahulu dilakukan sebelum sesi taklimat ringkas pembahagian tugasan dan kawasan kerja telah disampaikan oleh Encik Ahmad Fahmi bin noordin, selaku operator kawasan Jeram Rekreasi Sungai Talan. Antara lokasi pembersihan dan kutipan bahan buangan termasuk di kawasan meletak kereta dan operasi pekerja seterusnya sepanjang jeram Lubuk Talan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan, rakan strategik dan individu yang telah menyumbang masa, tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan ini terus diperkasa demi membina masyarakat yang prihatin, bersatu padu dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#rakanmuda
#RakanPrihatin
#pbsdrembau
#ilppedas
#kolejkomunitirembau
#jabatanbombadanpenyelamatrembau