MINI AEROBIKTHON MERDEKA HIASI PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI DAERAH PORT DICKSON

Port Dickson, 16 Ogos - Bulan Ogos sinonim dengan jolokan nama bulan Kebangsaan atau bulan Kemerdekaan kerana tarikh keramat 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan bagi negara kita. Justeru itu, banyak program-program atau aktiviti berbentuk kemerdekaan dijalankan bagi menyemarakkan kempen ini bagi menaikkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia.
Program Malaysia Aktif @Komuniti Daerah Port Dickson (Siri   juga tidak ketinggalan untuk meraikan kempen kemerdekaan dalam penganjuran program pada edisi kali ini. Program anjuran KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dan rakan strategik Pelitawanis TNB Daerah Port Dickson telah berlangsung meriah bertempat di Dewan Kelab Kilat TNB Daerah Port Dickson, hari ini. Aktiviti kecergasan yang dibawakan ialah Mini Aerobikthon bertemakan Merdeka.
Seramai 50 orang peserta telah hadir dengan kreativiti masing-masing menggayakan tema Merdeka dari aspek pakaian dan perwatakan. Barisan instruktor bertauliah dari KEFA yang diketuai oleh Coach Zarina Harun juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian bertemakan kemerdekaan bagi memeriahkan lagi program ini. Para peserta bersemangat menjalani program aerobik yang berbentuk pertandingan ini selama 90 minit. Enam kategori telah dipertandingkan iaitu Peserta Paling Mengikut Tema, Peserta Paling Energetik, Peserta Paling Energetik Warga Emas, Peserta Paling Sporting dan Peserta Paling Ke Laut. Hadiah telah ditaja oleh KEFA dan Kelab Pelitawanis TNB Daerah Port Dickson. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Cik Siti Hajar Mohamad Arisselaku Timbalan Pengerusi 2 Kelab Pelitawanis TNB Daerah Port Dickson.
Seterusnya Puan Siti Alifah Hamzah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah menyampaikan sijil penghargaan manakala Puan Noormilah Abu Bakar, Presiden KEFA menyerahkan plaka penghargaan kepada Cik Siti Hajar Mohamad sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan kepada Kelab Pelitawanis Daerah Port Dickson atas jalinan kerjasama penganjuran program ini.
Tahniah kepada semua peserta.
Anda semua hebat  
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
KEFA Group Official
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#KEFAxELITAWANIS #miniaerobikthon

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search