PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Port Dickson
15 Julai 2025
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Pekan Teluk Kemang sedang melaksanakan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025. Program ini berlangsung pada 15 Ogos 2025 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Pusat Latihan DRB-HICOM, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program Pengurusan Organisasi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pemimpin belia khususnya dan aktivis belia amnya ke arah melahirkan pemimpin yang berwibawa dan dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat dan negara. Peserta bagi program ini daripada golongan belia yang terdiri dari beberapa
persatuan, kelab, SRM dan juga SRM IPT.
Program ini merangkumi 5 modul, iaitu Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi, Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan, Pengurusan Mesyuarat dan Dokumentasi, Kembara PPO dan Pembentangan Kumpulan.
Semoga perjalanan program sepanjang tiga hari ini dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada peserta. Seterusnya, mampu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa di masa akan datang.
#ppon9
#ppo2025
#jbsn
#kbs

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search