KEJOHANAN KRITERIUM TAMPIN 2025

TAMPIN, 15 Ogos 2025 (Jumaat) – Telah berlangsung Kejohanan Kriterium Tampin 2025. Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Berbasikal Moncheh Rider (MRCT) dan Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Program di bawah suntikan Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan ini berlangsung di Tampin Square, Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bermula jam 9.30 malam sebanyak 16 kategori dipertandingkan mengikut jantina dan peringkat umur telah dipertandingkan bagi menarik pelumba dari pelbagai kelab berbasikal dalam dan luar negeri.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama ialah Puan Norazrin binti Kamsor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, En. Saiful Adly bin Hj. Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin dan Ketua-ketua serta Wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, JKR Daerah Tampin, TNB Cawangan Tampin serta agensi-agensi lain yang membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Tahniah di ucapkan kepada para pemenang.
.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search