- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 14
Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 4 Peringkat Daerah Rembau
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 14
Rembau, 16 Ogos 2025 (Sabtu) - Siri Ke 4, Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Rembau diteruskan lagi pada hari ini dengan kehadiran lebih 50 orang di Gelanggang Futsal Dataran Rembau.
Aktiviti senamrobik menjadi tarikan utama, disamping penganjuran perlawanan Bola Tampar 5 Penjuru antara pasukan Majlis Daerah Rembau, AADK Rembau, IKTBN Chembong, Kolej Komuniti Rembau dan Komuniti Kg. Semerbok. Sepanjang pelaksanan program, terpancar kemeriahan dengan gelak tawa lantaran aksi para peserta terutamanya mereka yang jarang mengikuti aktiviti senamrobik.
Program ini bukan sekadar riadah, tetapi menjadi bukti bahawa pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Semangat kerjasama dan kebersamaan inilah yang mengukuhkan komuniti Rembau untuk terus aktif dan sihat.
Program diserikan dengan kehadiran Puan Aniza binti Salim, Ketua Pegawai AADK Daerah Rembau, Encik Muhammad Izzat Emir bin Roshizan, Pegawai Unit Pembangunan Sukan dan Rekreasi, PBSD Rembau dan Puan Nur Hidayah binti Jumat, Pegawai Pembangunan Pelajar Komuniti Komuniti Daerah Rembau.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga usaha ini terus membudayakan gaya hidup sihat serta mengukuhkan semangat komuniti Rembau.
#MalaysiaAktif #RembauAktif #KomunitiHebat
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan