7 Julai 2025 | Seremban – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban telah menerima kunjungan daripada En. Nuradzly bin Kamaruzan, Pegawai Penyelidik kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, YB Dato’ MK Ibrahim bin Abd. Rahman, merangkap ADUN Angkat DUN Paroi. Kunjungan ini membuka ruang berkenalan lebih dekat dan bertukar pandangan berkaitan prospek program pembangunan belia dan sukan. PBSD Seremban amat mengalu-alukan usaha seperti ini demi memperkasa peranan belia dan sukan dalam komuniti, sejajar dengan agenda pembangunan negeri yang inklusif dan progresif. Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih mantap pada masa akan datang.
Sg. Gadut, 06 Julai - Sesi Temuramah bersama DJ Fad dalam Segmen Suara 34 Puncak Prestasi : Borak Sukan & Rekreasi - NS7WC 2.0 @ PD Forest Sg. Menyala telah dihadiri oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Sesi temuramah ini telah membawa suara dan amanat dari Yang Berbahagia Puan Nurhazelin binti Makli, Pegawai Daerah Port Dickson selaku Penyelaras Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 2.0. Persiapan untuk program ini telah menghampiri 70% kebersediaan dari segi logistik, pengisian program dan susunatur acara, di mana 30% lagi adalah semasa hari kejadian. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson selaku agensi pelaksana bersama agensi-agensi pengelola yang dilantik berganding bahu dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Cabaran NS7WC 2.0 @ PD Forest Sg Menyala menanti dan mengalu-alukan kedatangan 1500 orang peserta pada 12 Julai ini. Moh datang ramai-ramai ! Tkasih NEGERIfm Official, Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, YB Dato ' Haji Mustapha Nagoor & JBS Negeri Sembilan #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #NS7WC #PDForestSgMenyala
Port Dickson, 06 Julai - Gerakan Belia 4B (M) (GB4B) Kawasan Telok Kemang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dikcson telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup 4B pada 05 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Futsal Taman Dato' Haji Abdul Samad. Pertandingan ini adalah inisiatif dan perancangan oleh Encik Mior Badran Mior Sabri, selaku Pengerusi GB4B (M) Kawasan Telok Kemang bersama barisan ahli jawatankuasanya melalui permohonan bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK), mengambilkira keperluan dan minat anak muda masa kini dalam membudayakan sukan. Pertandingan yang bermula pada jam 05.00 petang ini telah disertai oleh lapan pasukan terdiri daripada tujuh cawangan GB4B (M) Kawasan Telok Kemang iaitu GB4B (M) Cawangan Sirusa, GB4B (M) Cawangan Kampung Baru, GB4B (M) Cawangan Sri Linggi, GB4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang, GB4B (M) Cawangan Jimah Lama, GB4B (M) Cawangan Bagan Pinang, GB4B (M) Cawangan Kota Lukut dan satu pasukan jemputan dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah hadir dan merasmikan program ini dengan sepakan kick-off ke arah gawang gol dan seterusnya menyaksikan perlawanan di peringkat kumpulan dan suku akhir. Beliau berkesempatan beramah-mesra dengan para pemain dan semua ahli GB4B (M) Kawasan dan Cawangan yang hadir bersama dalam program ini. Beliau juga tidak ketinggalan untuk menyampaikan hadiah kepada individu yang bertuah dalam cabutan. Keputusan pertandingan telah mengangkat GB4B (M) Cawangan Bagan Pinang sebagai Juara pada edisi kali ini menewaskan GB4B (M) Cawangan Kota Lukut dalam perlawanan akhir dengan mata 3-1. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh GB4B (M) Cawangan Sirusa dan tempat keempat dimenangi oleh GB4B (M) Cawangan Kampung Baru. Encik Mohd Najib Isa, Penyelaras DUN Bagan Pinang telah merasmikan majlis penutup program dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir bersama menjayakan program ini ialah Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson, Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi MBD Port Dickson, Encik Mohd Nazirul Ikhwan Sulaiman, Setiausaha Kelab Gimnasium Rakyat Port Dickson serta pengerusi-pengerusi dan ahli GB4B (M) peringkat kawasan dan cawangan. #TeamPBSDPortDickson #TeamSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #GB4BKawasanTelokKemang #Bersatu #Belajar #Bekerja #Berkhidmat
TAMPIN, 6 Julai 2025 (Ahad) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 3) bertempat di Bukit Dua Juta, Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan yang bertujuan menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Antara pengisian program pada kali ini adalah senamrobik dan mendaki Bukit Dua Juta, Gemas, Negeri Sembilan. Turut hadir pada program ini ialah En. Jasnie bin Abd Rahman wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Program ini akan berlangsung sebanyak 12 siri dan sesi kali ini merupakan siri yang ke-3. Sekiranya anda berminat untuk menyertai, boleh berhubung dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin di Talian 06-4411378 atau boleh "PM" FB Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
TAMPIN, 5 Julai 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Rentap Anak Kampung 2025 bertempat di Dataran Gemas, Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini dianjurkan oleh Kelab Mixed Martial Art Al Fath Waghih dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat baru di Daerah Tampin dalam sukan seni mempertahankan diri. Selain dari pendedahan kepada masyarakat berkenaan amalan gaya hidup sihat melalui sukan tempur. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pertunjukkan muaythai y kru, muayboran, seni silat, light sparring, shadow box, mini esport, pameran dan jualan. Program ini telah dirasmi kan oleh YB Dato' Mohd Isam bin Hj Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir bersama ialah En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Tuan ASP Mohd Rodzi bin Masa'at Ketua Polis Balai Gemas, En. Mohd Firdauz bin Shariff wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, YBhg Dato' Mohd Ridzuan bin Abdullah Presiden Muaythai Negeri Sembilan dan En. Muhammad Aizuddin bin Mohd Nasir Presiden Kelab Mixed Martial Art Al Fath Waghih. #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
05 JULAI 2025, Seremban - Telah berlangsung Pertandingan Petanque 1000 Liga Peringkat Daerah Seremban bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said, Seremban 2 dengan penyertaan seramai 128 orang dengan mempertandingkan 2 kategori iaitu Kategori Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita. Pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi. Program yang bertujuan menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Scorpions Table Tennis Club, Persatuan Petanque Negeri Sembilan dan Majlis Sukan Negeri Sembilan. Bagi Kategori Perseorangan Lelaki, Johan di rangkul oleh Ismail bin Badsha. Naib Johan pula jatuh kepada Mohomad Shah bin Ismail dan tempat Ketiga di menangi oleh Mohammad Afi Najmi bin Mohammad manakala bagi Kategori Perseorangan Wanita, Johan telah di raih oleh Nur Asyikin binti Roslan. Naib Johan pula telah di ungguli oleh Qisya Qistina binti Noraimy Halimy dan tempat Ketiga dimenangi oleh Fadziera Damya binti Muhammad Fadzli. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempunakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #1000ligaseremban2025
MELAKA, 6 Julai 2025 - Program Summer Camp Rakan Muda 2025 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan Melaka. Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, kepimpinan dan semangat perpaduan dalam kalangan belia melalui aktiviti luar berdasarkan nilai - nilai modul Rakan Muda Jiran Muda. Seramai 48 orang peserta hadir daripada seluruh daerah iaitu dari SMK Bukit Kepayang Seremban, Kolej Permata UKM, SMK Tunku Syed Idrus Tampin, Madrasah Tahfiz Yamin Jelebu, Kolej Yayasan Negeri 9 Kuala Pilah, SMK Bandar Baru Serting Jempol, SRM Uniti Port Dickson dan IKTBN Chembong Rembau. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah perkhemahan, orienteering, survival bushcraft, river scarmbling, persembahan kebudayaan, first aider dan explorers. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, turut hadir Puan Salimah binti Abd Latif Pegawai Pemantau Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Encik Mohd Erwan bin Abd Samad Ketua Fasilitator Terrex Outdoor Recreation Centre, Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Afizah binti Aduring Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNS, Encik Muhammad Waisulkarni bin Sulaiman Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNS dan Puan Amira binti Ismail Pembantu Belia dan Sukan daerah Tampin. Semoga program sebegini dapat membantu membentuk jati diri belia menjadi lebih baik dan berilmu. #yakinboleh #rakanmuda #RakanEkspresi #JBSNBersama #teamJBSN9 @hannahyeoh #AdamAdli
Port Dickson, 04 Julai - Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge (NS7WC) yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat (YB) Dato' Haji Mustapha Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun lalu diteruskan lagi pada tahun ini, yang semestinya menjanjikan cabaran lebih sukar dari tahun lepas. NS7WC 2.0 bagi daerah Port Dickson pada tahun 2025 dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson (PDTPD) bersama rakan agensi seperti Pejabat Hutan Daerah Port Dickson, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (IPD) Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan lain-lain lagi. Program yang bakal berlangsung pada 12 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di PD Forest Sg. Menyala merupakan siri keempat dari tujuh siri dalam penganjuran NS7WC 2.0 Tahun 2025. PD Forest Sg Menyala merupakan salah satu produk eko-pelancongan utama di Port Dickson selain pelancongan pantai masih lagi menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran NS7WC 2.0 pada edisi kali ini. Pada 03 Julai yang lalu, YB Dato' Haji Mustapha Nagoor telah hadir untuk membuat tinjauan trek laluan bersama agensi-agensi pelaksana. Trek laluan yang disediakan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah Port Dickson adalah sejauh 10 kilometer. Seawal jam 08.00 pagi, YB Dato' Haji Mustapha Nagoor bersama urusetia dari Pejabat EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, wakil PDTPD serta wakil dari agensi-agensi pelaksana daerah Port Dickson, sekretariat program dari UiTM Seremban 3 dan Persatuan Malim Gunung Negeri Sembilan telah memulakan perjalanan untuk membuat tinjauan ke atas trek laluan yang baharu. Encik Mohd Faizal Mohd Arif selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah hadir dalam sesi tinjauan ini. Pihak PBSD Port Dickson telah ditugaskan oleh PDTPD untuk bertindak sebagai pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat bagi kelancaran penganjuran NS7WC 2.0 tahun ini. Turut hadir bersama ialah Puan Zuraidah Mat Ratin, Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam dari PBSD Port Dickson serta Encik Jamaluddin dari Gerakan Belia 4B (M) Pekan Teluk Kemang. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #NS7WondersChallenge2 #PDForest
Port Dickson, 04 Julai - Pada 02 Julai 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin telah menjadi destinasi ke-10 bagi Siri Jelajah Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Daerah Port Dickson Tahun 2025. Seramai 200 orang pelajar telah berkumpul di dalam Balai Integrasi SMK Yam Tuan Radin bagi mendengar taklimat yang bakal disampaikan. Program inisiatif anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson yang mendapat kerjasama erat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson turut disambut baik oleh pihak pengurusan SMK Yam Tuan Radin bagi memberi pendedahan kepada pelajar berumur 14 hingga 18 tahun di sekolah ini tentang kelebihan menyertai Program ARPRM hari ini dan kelebihan anugerah berprestij ini di hari yang akan datang. Melalui pendekatan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, ARPRM dijangka dapat menarik minat remaja di peringkat sekolah menengah sekaligus melayakkan diri mereka diktiraf dengan menyertai program ikonik bertaraf antarabangsa ini mengikut komponen dan tahap yang ditetapkan. Taklimat ARPRM telah disampaikan secara interaktif dan komunikasi dua hala oleh Encik Mohd Azam Zakaria dari Unit Pembangunan Rakan Muda, PBSD Port Dickson. Para pelajar menunjukkan komitmen dan memberikan komen-komen positif melalui tayangan video dan sesi soal jawab. Turut hadir bersama ialah Puan Sazilah Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum mewakili pengetua SMK Yam Tuan Radin bersama Puan Zuraidah Mat Ratin dan Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson. YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda JBS Negeri Sembilan belia.my #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda