- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 32
ππππππππ πππππππππ πππππ πππππ πππππ πππππ ππππ πππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 32
Port Dickson, 6 Ogos β Satu Taklimat Penubuhan Kelab Belia Taman Vista Jaya telah berjaya dianjurkan di Perkarangan Surau Ar Raudhah Taman Vista Jaya dengan kehadiran seramai lebih kurang 50 orang penduduk setempat yang terdiri daripada golongan belia, ibu bapa serta ahli komuniti.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi penerangan terperinci berkaitan proses penubuhan pertubuhan belia yang sah, selain menerangkan tentang peranan penting golongan muda dalam aspek pembangunan komuniti, aktiviti kesukarelawanan, dan juga sukan. Taklimat ini turut menyentuh aspek:
β’ Garis panduan dan perundangan penubuhan persatuan belia (seperti di bawah Akta 668),
β’ Kepentingan pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa,
β’ Peluang pembangunan sukan dan kepimpinan belia melalui platform yang sah,
β’ β Penglibatan belia dalam Program Rakan Muda dan kesukarelawanan.
Program ini menjadi langkah awal ke arah penubuhan rasmi Kelab Belia Taman Vista Jaya yang bakal menjadi platform penggerak pelbagai aktiviti komuniti, belia, dan sukan di Taman ini adalah idea dan gerakan dari Persatuan Penduduk Taman Vista Jaya yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamaluddin Haji Muhammad. Beliau yang merupakan pengerusi persatuan belia ketika zaman mudanya cukup menyokong dan bertekad untuk membimbing anak-anak muda di Taman Vista Jaya membangun dari segi sahsiah, kepimpinan, jati diri dan kesukarelawanan melalui penubuhan kelab belia.
Turut hadir Encik Muhammad Syazwan Mahadi selaku EXCO Majlis Belia Negeri Sembilan, Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan semua pihak dan berharap lebih ramai belia akan tampil aktif menyertai dan menyumbang kepada pembangunan setempat melalui wadah ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
Majlis Belia Daerah Port Dickson
#JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #MBDPD #TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda