PORT DICKSON BENTANG PERANCANGAN HSN 2025 PORT DICKSON KEPADA PEGAWAI DAERAH PORT DICKSON

Port Dickson, 07 Ogos - Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Puan Nurhazelin Makli, Pegawai Daerah Port Dickson bertempat di Pejabat Pegawai Daerah Port Dickson pada jam 02.30 petang, hari ini. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk membentangkan perancangan Program Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Daerah Port Dickson kepada Puan Pegawai Daerah Port Dickson selaku Pengerusi Program ini. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah membentangkan kertas konsep HSN2025 Daerah Port Dickson kepada Puan Nurhazelin Makli dan semua yang hadir.
Pelaksanaan sambutan HSN2025 adalah secara fizikal di setiap peringkat bagi memastikan konsep "no one left behind" dapat direalisasikan. Pelbagai acara sukan telah dirancang dan dibentangkan bagi memeriahkan sambutan HSN2025 terutamanya berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dan kluster sukan seperti sukan teras, sukan rekreasi (air, udara, darat), kecergasan sukan, sukan baharu, sukan rakyat/tradisional dan sukan Orang Kurang Upaya (OKU).
Konsep HSN2025 Daerah Port Dickson pada edisi kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana lokasi pelaksanaan yang dipilih ialah Pantai Bagan Pinang yang terletak di Jalan Batu 3, Port Dickson. Justifikasi pemilihan tempat ini adalah kerana pantai ini merupakan tumpuan pengunjung pada hujung minggu, dilengkapi dengan fasiliti/prasarana di bawah seliaan Majlid Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan kawasan pantai yang landai untuk aktiviti sukan pantai dan aktiviti sukan rekreasi air seperti kayak dan stand-up paddle.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson selaku penganjur utama telah membuat gerak kerja awal serta menyenaraikan 22 jenis aktiviti sukan dan acara sampingan yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 nanti . Kesemua aktiviti yang bakal dijalankan pada HSN2025 adalah dengan kerjasama persatuan belia, kelab sukan, kelab Rakan Muda dan dan agensi-agensi kerajaan di sekitar Port Dickson sebagai rakan strategik PBSD Port Dickson. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah Beach Fun Walk 2KM, Fun Run 5KM Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, Kayuhan MADANI : Paddle To Pulau Burung, Stand-Up Paddle Gathering, Himpunan dan Demonstrasi Waja Diri, Aerobikthon 120-Minutes Non-Stop Challenge, Cross Fit Challenge, acara/pertandingan sukan pantai (bola sepak, bola jaring, petanque, bola tampar, sepak takraw), Pertandingan Kabaddi, Treasure Hunt Belia 4B, Sukan Rakyat OKU, Pertandingan Tarik Tali RELA Sihat, Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Mari Mencuba Memanah dan lain-lain lagi.
Puan Pegawai Daerah Port Dickson menerima baik Kertas Cadangan Program HSN2025 Daerah Port Dickson yang dibentangkan dan beliau mengingatkan beberapa aspek yang perlu diambilkira terutamanya aspek keselamatan dan kebersihan. Perincian program oleh pihak PBSD Port Dickson bagi meneliti dan memperhalusi perancangan Program HSN2025 Port Dickson ini seperti laluan keluar masuk ke tapak program, penanda arah, kawalan lalulintas trafik, pasukan keselamatan di darat, pasukan keselamatan di air dan tempat parkir kenderaan pengunjung. Beliau juga akan membuat satu pemakluman kepada semua agensi kerajaan (persekutuan dan Negeri), badan berkanun, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dan syarikat-syarikat di dalam daerah Port Dickson untuk turut meraikan Program HSN2025 Port Dickson bermula 10 hingga 12 Oktober 2025. Beliau yakin dan percaya bahawa Program HSN2025 pada tahun ini akan berlangsung meriah dan mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Turut hadir bersama dalam sesi perjumpaan dan perbincangan ialah Puan Siti Nursoleha Abdul Kadir, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Pejabat Daerah Port Dickson dan pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson.
Ayuh warga PD...
Dtg beramai-ramai ke HSN2025 di Pantai Bagan Pinang pada 11 Oktober ini !
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #HSN2025PD

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search