NEGERI SEMBILAN PUSH BIKE DOUBLE CHALLENGE 2025

SEREMBAN 2, 9 Ogos 2025 - Telah diadakan pertandingan Push Bike yang diadakan selama 2 hari bermula hari ini dan akan berakhir esok bertempat di Aeon Mall Seremban 2. Objektif utama program ini adalah untuk mengajar kanak-kanak kemahiran mengimbangi dan koordinasi, meningkatkan kekuatan kaki, dan menggalakkan gaya hidup aktif. Program ini juga bertujuan untuk memupuk keyakinan diri, kemahiran motor dan kesedaran alam sekitar melalui aktiviti luar. Selain itu, ia dapat menjadi platform untuk mengenal pasti dan memupuk bakat muda dalam sukan dua roda.
Program ini anjuran Persatuan Push Bike Pro Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 310 orang peserta dari seluruh Malaysia dan negara jiran yang telah berdaftar dengan mengambil bahagian bagi pelbagai kategori dari peserta berumur 2 tahun hingga 9 tahun.
Majlis penyampaian hadiah dan penyerahan mock cheque disempurnakan oleh Puan Siti Suhana binti Mohd DaralSalam, Pegawai Kecergasan Nasional Jabatan Belia dan Sukan bersama Encik Noor Hysham Bin Ghazali Pengerusi Persatuan Push Bike Pro Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan teruskan berjuang kepada semua peserta untuk ke peringkat seterusnya. Di harap semoga semua ibubapa akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka dalam bidang sukan terutamanya sukan 2 roda.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search