- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
GOTONG ROYONG MADANI PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SIRI 1 PERINGKAT DAERAH JELEBU & JIWA @SEKOLAH MALAYSIAKU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
9 Ogos 2025, JELEBU : Telah berlansung Program Gotong Royong Madani Program Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 1 Peringkat Daerah Jelebu dan Program Jiwa @ Sekolah Malaysiaku bertempat di SMK Undang Jelebu.
Program Kolaborasi yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelaan, pembinaan pasukan dan juga semangat patriotisme di kalangan golongan belia berusia 15 - 25 tahun. Antara pengisian program ini ialah, Penyampaian Bendera Malaysia dan juga gotong royong mengecat kawasan Sekolah.
Keterlibatan Agensi, NGO’s dan Individu yang hadir di dalam program ini seperti Murid, Guru dan Warga Kerja SMK Undang Jelebu, Pejabat Penerangan Daerah Jelebu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Undang Jelebu, RELA Daerah Jelebu, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu dan Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4 merupakan antara faktor kemenjadian penganjuran program yang dihadiri seramai 180 orang pada kali ini.
Program yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Muhammad Fadzli bin Hamid, Pengetua SMK Undang Jelebu turut dihadiri oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Puan Parimala Devi Suppiah wakil Pegawai Penerangan Daerah Jelebu, En. Azrin bin Adnan Yang Dipertua PIBG SMKUJ, Insp. Mohammad Naqip bin Abdul Rahim Pegawai Perhubungan Sekolah SMKUJ Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu dan Saudara Syaiful Haziq bin Surate Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4.
Semoga pelaksanaan program Siri 1 pada kali ini akan dapat memberi semangat kepada golongan belia yang terlibat dalam kerja-kerja berkaitan kesukarelaan.
#Satria2025
#rakanmuda
#beliajelebu
#jelebu
#jbsn9
#kbs
#teamkbs
#jbsnegara
#pmx
#ksn
#tpm1
#ybm
#ybtm
#ksukbs