- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
KLINIK PENGENALAN SUKAN PICKLEBALL BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
Jelebu, 8 OGOS – Klinik Pengenalan Sukan Pickleball telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu bertempat di Lobi Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu hari ini.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan sukan Pickleball yang kian mendapat sambutan di seluruh negara, khususnya dalam kalangan warga kerja agensi kerajaan dan komuniti setempat. Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu dan agensi-agensi yang beroperasi di Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu telah menyertai klinik ini.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada asas permainan, peraturan, teknik asas dan sesi praktikal yang dikendalikan oleh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu.
Program ini diharap dapat menjadi langkah awal memperluas penglibatan komuniti dalam gaya hidup sihat melalui sukan baharu yang menyeronokkan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNbersama
#PBSDJelebu