KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025

TAMPIN, 7 Ogos 2025 – Kerjasama rentas agensi antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, Majlis Agama Islam Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin telah berjaya melaksanakan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tampin yang berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos 2025 bertempat di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal Felda Bukit Rokan.
Program yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai seramai 50 orang peserta yang melibatkan pelajar daripada SMK Tunku Syed Idrus, SMK Tunku Besar Tampin, SMK Dato’ Mohd Taha, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Jelai. Program ini bertujuan untuk melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan ilmu yang telah dikongsikan oleh pelbagai Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tampin, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan Universiti Putra Malaysia, Persatuan Belia Dinamik Barat NS , Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan dan komuniti setempat.
Majlis perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis ini Puan Nurul Faizurin binti Mohd Noor, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Che Rozita binti Che Rahman, Pegawai MAINS Daerah Tampin dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat diteruskan lagi demi pembangunan belia di daerah ini khasnya. Dan semoga program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dalam usaha melahirkan generasi yang lebih cemerlang dan prihatin kepada masyarakat.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search