- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 257
SESI PERBINCANGAN HARI SUKAN NEGARA NEGARA 2025 (HSN 2025) PERINGKAT DAERAH SEREMBAN.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 257
08 OGOS 2025, Seremban – Sambutan Hari Sukan Negara 2025 akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025. Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Tuan Haji Muhamad Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah Seremban bertempat di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban pada 10.00 pagi tadi. Perbincangan ini bertujuan membentangkan perancangan serta pengisian aktiviti sempena Program Hari Sukan Negara 2025 (HSN 2025) Peringkat Daerah Seremban. Perbincangan dan pembentangan program telah dibentangkan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Program tahunan ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat dan dilaksanakan dengan meriah sekali. Semoga segala yang dirancang untuk program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak secara langsung mahupun tidak dalam sama-sama menjayakan HSN 2025 Peringkat Daerah Seremban.
Jumpa semua pada 11 Oktober 2025 nanti !!
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#HARISUKANNEGARA2025
#HSN2025
#HSNSEREMBAN2025
