- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 37
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 37
JELEBU, 3 OGOS 2025 - Kem Belia @ Rakan Prihatin Daerah Jelebu telah membuka tirai bagi Daerah di Negeri Sembilan. Seramai 52 orang peserta terpilih menyertai program ini bertempat di Kem D'Agroloka, Jelebu bermula dari 1 hingga 3 Ogos 2025.
Program ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif (8C).
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir En. Annuar bin Rahim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu, Tuan Haji Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu serta En. Syaiful Haziq bin Surate Pengerusi Persatuan Belia Felda Pasoh 4.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Belia Felda Pasoh 4 yang menjadi rakan strategik program, barisan fasilitator serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Kem Belia kali ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNbersama
#PBSDJelebu