SERTING, 29 April 2025 - Satu perjumpaan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan MRSM Serting bagi membincangkan berkaitan program Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2025 secara serentak di seluruh daerah di setiap negeri di dalam Malaysia. Perjumpaan dihadiri En. Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dan sekali gus memperkenalkan diri selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang baharu. Semoga dengan perjumpaan ini dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih baik dan membantu dalam menjayakan program yang bakal dilaksanakan ini. #HBN #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #MalaysiaMADANI #fypシ
TAMPIN, 30 April 2025 (Rabu) – Sesi lawatan tapak bersama Tuan PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tampin bagi penyelarasan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin 2025 bagi segemen Skuad Wira. Program Semarak Hari Belia Peringkat Daerah Tampin 2025 akan berlangsung pada 15 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Bistari SMK Tunku Syed Idrus, Tampin Negeri Sembilan. Semua di jemput hadir. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
Port Dickson, 29 April - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah mengadakan satu sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (GPK KOKO) pada 28 April 2025 bertempat di PPD Port Dickson. Sesi taklimat yang dihadiri oleh semua GPK KOKO dari 13 Sekolah Menengah di daerah Port Dickson ini telah dimulakan oleh Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda, PBSD Port Dickson dengan tayangan video ARPRM bagi menarik minat para audien. Taklimat diteruskan dengan pembentangan komponen-komponen serta syarat-syarat pelaksanaan. Selain itu, beliau juga memaklumkan kelebihan serta kepentingan ARPRM kepada peserta iaitu para pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas. Sesi taklimat ini turut dibantu oleh Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan PBSD Port Dickson dengan memberikan penerangan berkaitan Sistem Prolog ARPRM di mana mulai tahun 2025 semua penyertaan di setiap tahap pingat perlu direkod melalui atas talian. Konsep taklimat adalah menggunakan kaedah komunikasi dua hala bagi membolehkan para GPK KOKO bersoal jawab di setiap peringkat penerangan. Pelbagai soalan telah dilontarkan sepanjang sesi taklimat oleh GPK KOKO diharapkan dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka berkaitan pelaksanaan program ARPRM. Di akhir sesi, PBSD Port Dickson telah menjemput Encik Dineshkumar Narayanasamy dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson selaku Pemegang ARPRM Tahap Emas dan juga Pemimpin Tahap Emas ARPRM untuk berkongsi maklumat serta pengalaman beliau sepanjang menjalankan program ini. Beliau berkongsi bagaimana beliau memulakan ARPRM dan bagaimana ARPRM mengubah kehidupan beliau dari seorang pelajar yang introvert kepada seorang yang telah berjaya dan mampu mencapai banyak kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa selepas bergelar Pemegang Tahap Emas ARPRM. Menurut beliau, kata-kata hikmat ini "It's not where you start, but how high you aim that matters for success." sentiasa tersemat di dalam hatinya dan menjadi pedoman hidupnya dalam mencapai kejayaan. Perkongsian pengalaman Pemegang Tahap Emas yang merupakan anak jati Port Dickson dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat, Port Dickson ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan dan semangat kepada para GPK KOKO dalam menjayakan program ARPRM ini di sekolah masing-masing. Di akhir sesi, Encik Mohd Azam Zakaria telah mengalu-alukan semua GPK KOKO untuk terlibat dan menjalankan program ARPRM di peringkat sekolah. Beliau menambah, pihak PBSD Port Dickson bersama MBD Port Dickson dan Badan Operasi ARPRM bersedia untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan program ini. Turut hadir bersama dalam sesi taklimat ini ialah Encik Ishak Mohd Nor, Timbalan PPD Bahagian Pembangunan Murid, Puan Rohaliza Mat Yasim, Penolong Pegawai PPD (Unit Prasekolah dan Rendah) dan Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi MBD Port Dickson bersama Encik Kevin Kandasamy, Ahli Jawatankuasa MBD Port Dickson. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamMAS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM #MBDPortDickson #MenggerakBelia
Port Dickson, 29 April - Pada 28 April 2025, Tuan Haji Jamaluddin Arshad selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Vista Jaya (PPTVJ), Port Dickson bersama barisan jawatankuasanya telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson untuk Sesi Kunjungan Hormat kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson yang baharu, Encik Mohd Faizal Mohd Arif serta kakitangan PBSD Port Dickson. Tuan Haji Jamaluddin Arshad telah memperkenalkan dirinya serta ahli jawatankuasa persatuan tersebut dan membentangkan misi/visi persatuan serta aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan melalui penubuhan persatuan penduduk ini. Beliau menambah, terdapat pelbagai prasarana sedia ada di kawasan perumahan ini seperti taman permainan, tangki air dan padang terbuka untuk kegunaan penduduk di situ. Menurut Tuan Haji Jamaluddin Arshad, PPTVJ yang terletak di Lukut, Port Dickson ini mempunyai ahli sebanyak lebih kurang 200 buah keluarga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Kebanyakkan penduduk di taman perumahan ini ialah pesara tentera, penjawat awam di sekitar Port Dickson dan ada yang bekerja sendiri. Selain dari membuat kunjungan hormat, beliau turut menyatakan hasrat kepada PBSD Port Dickson untuk membantu persatuan penduduk ini menubuhkan persatuan belia atau kelab sukan, mana-mana yang bersesuaian serta memberi pendedahan tentang kepentingan dan kelebihan menyertai program-program anjuran PBSD Port Dickson. Beliau memaklumkan terdapat seramai 40 orang penduduk yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun di kawasan perumahan itu. Encik Mohd Faizal Mohd Arif menyambut baik serta mengalu-alukan kunjungan hormat yang diadakan oleh PPTVJ ini. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian dan hasrat serta semangat PPTVJ untuk membentuk keperibadian anak muda melalui persatuan belia/kelab sukan. Justeru itu, beliau memaklumkan bahawa PBSD Port Dickson amat berbesar hati membantu PPTVJ ini untuk menubuhkan persatuan belia/sukan demi kepentingan pembangunan belia setempat. Di akhir sesi, kata putus telah dicapai bersama iaitu penubuhan persatuan belia di Taman Vista Jaya perlu dijayakan dalam masa terdekat. Semoga dengan penubuhan tersebut dapat memberikan impak dan manfaat kepada para penduduk terutamanya golongan belia. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS
25 April 2025 (Jumaat), Tampin - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Memanah Terbuka Indoor Piala YB Parlimen Tampin 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBSD Tampin. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bagi penyelarasan kejohanan yang bakal diadakan pada 10 - 12 Mei 2025 bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin yang di jangka akan menerima seramai 500 penyertaan. Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Port Dickson, 25 April - Sistem Prolog merupakan sistem yang digunakan oleh peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk merekod aktiviti mereka. Ia dicapai menerusi web https://arprm.kbs.gov.my/. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej UNITI Port Dickson telah menjemput wakil dari Badan Operasi (BO) Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson untuk memberikan taklimat serta penerangan berkaitan sistem tersebut bertempat di Makmal Komputer 2, Kolej UNITI Port Dickson, hari ini. Encik Mohd Azam Zakaria bersama Puan Siti Alifah Hamzah selaku pemimpin ARPRM BO PBSD Port Dickson telah hadir dan memberikan taklimat tentang fungsi dan pengoperasian Sistem Prolog ARPRM kepada 15 orang peserta Tahap Gangsa terdiri daripada pelajar tahun satu Kolej UNITI Port Dickson. Para peserta dikehendaki mendaftar dan log masuk ke akaun masing-masing di komputer yang disediakan. Penerangan dijalankan secara komunikasi dua hala dan hands-on bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada para peserta. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses perekodan aktiviti yang telah dijalankan selama 15 jam dalam tempoh tiga bulan. Di akhir sesi, semua peserta telah dapat mendaftar, log masuk dan memahami cara merekodkan aktiviti ke dalam Sistem Prolog ARPRM. Sesi taklimat dan penerangan Sistem Prolog ARPRM ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memantau perekodan aktiviti peserta. Turut hadir bersama sepanjang sesi taklimat ialah Encik Syazwan Sha'ari, dan Cik Nurul Aisyiqin Ahmad Kamal dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej UNITI Port Dickson. #JBSNegara #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM
Port Dickson, 25 April - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah menganjurkan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) AADK Peringkat Daerah Port Dickson yang berlangsung pada 25 hingga 26 April 2025 bertempat di Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dickson. Program ini melibatkan 38 orang pelajar sekolah rendah tahap 2 di sekitar daerah Port Dickson bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesan dan bahaya penyalahgunaan dadah serta membina kemahiran hidup (life skills) yang resilien agar tidak terjebak dengan bahan terlarang di samping memberi pendedahan berkaitan fungsi institusi masjid dan memupuk minat para peserta untuk datang ke masjid. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson telah dijemput untuk berkongsi serta memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan 10 gaya hidup Rakan Muda pada hari ini. Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Port Dickson yang turut dibantu oleh Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan PBSD Port Dickson telah hadir menyantuni para peserta dengan pengenalan gaya hidup Rakan Muda serta menyediakan sedikit permainan interaktif dan uji minda kepada peserta. Para peserta teruja dengan program-program yang tertakluk di bawah 10 gaya hidup Rakan Muda dan memberi sepenuh komitmen dalam aktiviti yang dijalankan. Perkongsian dari PBSD Port Dickson ditutup dengan penuh keceriaan apabila diakhiri tepuk sorak kumpulan-kumpulan peserta. Semoga ilmu baik yang dikongsikan dapat bermanfaat serta menjadi tauladan kepada para peserta. #JBSNegara #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda
- 24 April 2025 (Khamis) - Kompleks Rakan Muda Jempol SERTING - Jawatankuasa Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Tahun 2025 bertempat di perkarangan bangunan pentadbiran Kompleks Rakan Muda Jempol. Majlis diserikan dengan kehadiran ketua-ketua jabatan Daerah Jempol bersama wakil agensi Rakan Strategik PBSD Jempol antaranya ialah Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Pejabat Agama Islam Daerah Jempol, dan banyak lagi. Antara tetamu undangan yang turut hadir ialah Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, PBSD Kuala Pilah, PBSD Port Dickson, PBSD Jelebu, PBSD Seremban, PBSD Tampin, KOMBES Paroi, JPKK Kg. Bayai Baru, Kelab Belia Felcra Bayai, Kelab Gimnasium Rakyat Jempol, dan ramai lagi. Menu jamuan Ramah Mesra Aidilfitri tahun ini disediakan secara 'potluck' oleh pegawai dan kakitangan PBSD Jempol bersama Syarikat Pembersihan, Syarikat Keselamatan, Kafeteria KRM Jempol dan AJK Surau KRM Jempol. Majlis jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran kami pada tahun ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN #MalaysiaMADANI #TeamKBS #TeamJBSN9 #PBSDJempol #JBSNBersama #suraukrmjempol JBSNegara JBS Negeri Sembilan
Port Dickson, 24 April - Hari Belia Negara (HBN) bakal diraikan pada 15 Mei 2025 serentak seleruh Negara seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dan rakan strategik Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson telah sepakat untuk memilih Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) sebagai venue pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025. Sehubungan dengan itu, pada hari ini, pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson bersama Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa (AJK) MBD Port Dickson telah berkunjung ke Pejabat Pengarah KVPD bagi membincangkan serta mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kolej tersebut sebagai venue program. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah memberikan penerangan berkaitan dengan pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025 kepada Encik Mohd Shafie Hamir, Pengarah KVPD. Seterusnya, Encik Mohd Khairi Kamarudin selaku Pengerusi MBD Port Dickson juga turut menerangkan perihal intipati program yang telah dirancang. Tuan Haji Mohd Shafie Hamir sangat berbesar hati perkara ini dan menerimanya program ini dengan lapang dada. Beliau turut menawarkan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk membantu kelancaran program. Setelah selesai perbincangan, Tuan Haji Mohd Shafie Hamir membawa rombongan PBSD Port Dickson dan MBD Port Dickson melawat kawasan dan tapak program. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Mohd Hafiz Shamsudin, Pegawai dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sembilan merangkap AJK Ekonomi dan Kerjaya MBD Port Dickson, Puan Khairina Kamarudin, Setiausaha MBD Port Dickson serta Encik Mohd Hanif Nadri, AJK Sosial MBD Port Dickson. Semua pihak berharap program ini akan berjalan dgn lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Bahangnya kian terasa! #TeamJBSN #JBSNBersama #TeamKBS #TeamJBSN9 #TeamPBSDPortDickson #MBDPortDickson #menggerakbelia