- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 59
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI 2025 DAERAH JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 59
JELEBU, 21 JUN - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 1 Daerah Jelebu sempena dengan Jelebu Agro Fest 2025 dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Jelebu dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Jelebu bertempat di Stadium Mini Kuala Klawang.
Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan.
Turut hadir pada program ini adalah Tuan Hj. Noorulhuda Bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Encik Ahmad Soki Bin Anian Pegawai Pertanian Daerah Jelebu dan Encik Mohd Eddy Erman Bin Razali Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak JD United. Semoga program sebegini dapat memberi peluan kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu