JELAJAH TAKLIMAT PROGRAM ARPRM DAERAH PORT DICKSON SIRI 8 DI SMK RAJA JUMAAT

Port Dickson, 21 Jun - Program Jelajah Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) meneruskan misi kelapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat pada 18 Jun 2025 yang lalu. Sesi kegiatan ko-kurikulum sekolah tersebut telah diisi dengan sesi taklimat ARPRM yang disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan tayangan video dan komunikasi interaktif di hadapan 250 orang pelajar dan guru.
Usaha penjelajahan taklimat ARPRM yang giat dijalankan oleh Unit Pembangunan Rakan Muda, PBSD Port Dickson ini diharapkan dapat menjadi nilai tambah kepada pengumpulan mata Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) para pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa. Program ARPRM ini dalam erti kata lain, dapat membantu membina karakter belia bersekolah untuk terus berdaya saing dalam kecemerlangan akademik seiring dengan kecemerlangan kokurikulum.
Taklimat turut dihadiri oleh Puan Liew Sew Yen, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum mewakili Pengetua SMK Raja Jumaat dan Puan Zuraidah Mat Ratin mewakili PBSD Port Dickson.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search