- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEREMBAN MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA KELAB SENAMROBIK SIHAT HARMONI
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
18.06.2025, SEREMBAN - Dalam rangka kerja dan usaha Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban untuk memperluaskan rangkaian kerja dan juga kerjasama di antara Pejabat bersama NGO-NGO setempat bagi membangunkan program-program belia, sukan mahupun rakan muda di peringkat komuniti. Oleh yang demikian, Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban telah menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Senamrobik Sihat Harmoni pada pagi ini.
Pertemuan dua hala ini memberi ruang kepada dua agensi untuk membincangkan pelbagai bentuk kerjasama khususnya dalam pembangunan, pembudayaan sukan kecergasan dikalangan komuniti setempat. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban sentiasa menyokong dan mengembangkan lagi jaringan kerjasama di antara badan-badan NGO mahupun pihak Agensi dalam membangunkan serta memberi manafaat kepada belia setempat. Agar jaringan kerjasama ini dapat berterusan demi merealisasikan misi dan visi kedua-dua belah pihak.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban