PERBINCANGAN BERSAMA PRESIDEN 206 TRUST BOXING CLUB

18 JUN 2025, Seremban - Setiap kali berbicara mengenai sukan tinju atau boxing, kita mungkin akan terbayang ia hanya dimainkan oleh individu yang berbadan besar dan berotot bukan? Pun begitu, sukan ini kini sudah sangat popular dalam kalangan golongan belia yang gemarkan aktiviti lasak. Sekali lagi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Cindy Usun Sigau menerima kunjungan dan sesi perbincangan bersama Presiden 206 Trust Boxing Club, Encik Syukran Azizi pada pagi tadi.
Perbincangan ini meliputi aspek pengenalan sukan tinju, perancangan aktiviti serta pencarian bakat baru khususnya bagi sukan tinju di daerah Seremban untuk keperingkat tertinggi. Turut hadir bersama dalam sesi perbincangan ini, Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Semoga perbincangan dua hala ini dapat membuahkan hasil yang dapat memberikan peluang dan manafaat kepada belia setempat.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search