1000 LIGA 2025 DAERAH JELEBU - PERTANDINGAN PETANQUE

JELEBU, 21 JUN - Telah berlangsung Pertandingan Petanque 1000 Liga 2025 Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu.
Objektif program 1000 Liga ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Selain itu program ini juga ingin menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Turut hadir adalah Puan Norhaida binti Shahadan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Dato' Undang Musa Al Haj serta barisan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Semoga program sebegini dapat memberi peluan kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search