- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
SMK KAMPUNG BARU SI RUSA DESTINASI JELAJAH TAKLIMAT PROGRAM ARPRM DAERAH PORT DICKSON SIRI 7
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
Port Dickson, 21 Jun - Pada 18 Jun yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Si Rusa telah menjadi destinasi seterusnya bagi Program Jelajah Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Daerah Port Dickson Siri 7 bertempat di dewan sekolah tersebut.
Program jelajah inisiatif Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson ini telah dihadiri oleh seramai 300 orang pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa yang berumur 14 hingga 16 tahun. Sesi Taklimat ARPRM disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakaria Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, PBSD Port Dickson melalui tayangan video dan kaedah komunikasi dua hala yang interaktif bagi menarik minat para pelajar.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Encik Syamsurri Ali, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM), mewakili SMK Kampung Baru Si Rusa Pengetua, Leftenan Kolonel (B) A. Tahar A. Manan, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Baru Si Rusa serta Puan Zuraidah Mat Ratin dari PBSD Port Dickson.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM