- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 74
PERTANDINGAN OLAHRAGA 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 74
19 JUN 2025, Seremban - Program pembudayaan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah antara usaha berterusan yang dilaksanakan dan ia menuntut komitmen dan kesepaduan daripada pelbagai pihak bermula di peringkat individu, keluarga, organisasi dan masyarakat.Program yang berobjektifkan penggalakan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Oleh yang demikian, telah berlangsung Pertandingan Olahraga 1000 Liga Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dengan penyertaan seramai 672 orang.
Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Scorpions Table Tennis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan. Acara yang dipertandingkan dalam pertandingan olahraga ini ialah larian 100 meter bagi kategori lelaki dan perempuan, terbahagi kepada Kelas 1 hingga 3 dan larian 4x1000 meter bagi kategori lelaki dan perempuan serta terbahagi kepada Kelas 1 hingga 3 juga.
Ucapan Aluan disampaikan oleh Puan Rohaiza binti Ujang, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Datin Azimah binti Ab. Aziz selaku Yang Di Pertua PIBG Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan.
Turut hadir bersama didalam majlis tersebut ialah Puan Rafeah binti Mohd Yusof, GPK Hal Ehwal Murid, Encik Abdul Halim bin Mohd Yunus, GPK Pentadbiran, Encik Mohd Faizal bin Hassan, GPK HEM, Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Encik Mohd Khushairi bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan buat semua pemenang dan juga ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#1000ligaseremban2025