- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 84
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 84
18 Jun 2025, Tampin - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform golongan belia untuk menyalurkan idea, membincangkan isu dan dasar pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia. Selain sebagai meja perbincangan, MPBN juga bertindak sebagai badan tertinggi dalam menentukan dasar, strategi dan program pembangunan belia negara yang perlu diperjelas dan diiktiraf statusnya di semua peringkat dari akar umbi.
Hari ini Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Tampin Tahun 2025 berlangsung dengan jayanya bertempat di Majlis Daerah Tampin (MDT). Tiga usul merangkumi kluster Ekonomi, kluster Sosial dan kluster Kepimpinan telah menjadi perbahasan yang amat positif diantara belia dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan. Maklumbalas kedua pihak pada sesi persidangan telah mencapai banyak kesepakatan yang mantap dalam memuktamadkan penyelesaian dan pandangan.
Persidangan telah dipengerusikan oleh Yg. Berusaha Tuan Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah dan Tanah Tampin. Turut hadir sama Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Encik Mohd Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan Encik Zarif Asyraf bin Norazmi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin.
Adalah menjadi harapan agar MPBN ini mampu memperkukuh dan mempertingkatkan lagi hubungan antara pertubuhan belia setempat dengan agensi kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin