- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 55
PERSIAPAN TEMPAT PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 DAERAH PORT DICKSON
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 55
PORT DICKSON, 20 Jun - Program Malaysia Aktif @Komuniti Tahun 2025 Peringkat Daerah Port Dickson akan memulakan siri yang pertama pada Jun 2025. Sehubungan dengan itu, rakan strategik program ini iaitu KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) telah mengaturkan satu kolaborasi bersama Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Port Dickson untuk melaksanakan program ini.
Objektif program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup melalui aktiviti senamrobik, berbasikal, berjogging, berjalan kaki, berlari, mendaki bukit dan lain-lain aktiviti kecergasan.
Sejak jam 03.00 petang hari ini, pihak KEFA dan BAKAT PLDTD Port Dickson sambil dibantu oleh anggota Markas Latihan dan Doktrin PLDTD Port Dickson telah berganding bahu membuat persiapan tempat sebagai persediaan program yang bakal berlangsung pada keesokan hari, 21 Jun 2025 (Sabtu) seawal jam 08.00 pagi. Program yang mengambil tempat di Dewan Tan Sri Mohammad (TSM) Kem Segenting ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari segi penyediaan tempat, aturcara perjalanan program dan penyertaan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson mengagumi semangat kesukanan, kebersamaan, kesungguhan dan kreativiti KEFA dalam penganjuran Program Malaysia Aktif @Komuniti bagi edisi kali ini. Ayuh semua warga Port Dickson, kita bersenam dan berpeluh demi kepentingan kesihatan tubuh badan kita. Jumpa di sana...
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#SportingNations #janjipeluh
#TeamPBSDPD #TeamJBSN9 #TeamKEFA
#YakinBoleh #RakanMuda #RakanAktif